Tuesday, October 1, 2013

Perjuangan @MukhrizMahathir Bukan Bermula Hanya Tahun Ini #KLChronicle #MM4VP



Saya tertarik dengan artikel yang dikeluarkan oleh portal media pro pembangkang The Malaysian Insider yang menyebut:

Why a largely untested politician called Datuk Mukhriz Mahathir believes he has a good shot at dislodging far more experienced and accomplished politicians and becoming one of Umno's vice-presidents?





Perkataan dalam kenyataan The Malaysian Insider yang saya rasa kurang tepat adalah "untested politician". Sebenarnya Datuk Paduka Mukhriz Mahathir bukanlah seorang untested politician, beliau adalah "a seasoned policitian". Pada tahun 2004, Mukhriz Mahathir telah memenangi kerusi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dengan undi yang paling banyak menewaskan calon-calon lain. 

Selain itu, pada tahun 2008 dimana kerajaan Barisan Nasional telah tewas teruk di Kedah, Mukhriz Mahathir merupakan antara beberapa calon yang telah berjaya memenangi salah satu kerusi parlimen iaitu di Jerlun. Menariknya, semua kerusi DUN didalam kawasan parlimen Jerlun telah dimenangi oleh PAS tetapi akibat percaya akan ketokohan dan kebolehan Mukhriz beliau diberi mandat untuk menjadi ahli parlimen Jerlun. 

Selain itu, jangan kita lupa sumbangan Mukhriz Mahathir dalam merampas semula Kedah dari genggaman PAS. Jika kita ingat betul-betul, pada 4 May 2013, Perdana Menteri YAB Dato Seri Haji Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Datuk Paduka Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Besar jika Barisan Nasional memenangi negeri Kedah.

Alhamdulillah, dengan pengumuman ini, mood voters & anak muda telah swing kepada kerajaan Barisan Nasional dan kita telah berjaya menawan Kedah. Bagi saya ini merupakan antara kejayaan terbesar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir, berjaya merampas satu negeri dari pihak pembangkang. Tidak ada mana-mana pemimpin lain yang berjaya lakukan perkara ini. Datuk Seri Noh Omar gagal di Selangor, dan Gerakan gagal di Pulau Pinang. 

Oleh itu, saya berharap ahli-ahli UMNO menghargai pemimpin yang telah berjaya dan buat kerja seperti Datuk Mukhriz.Insyallah.  

1 comment:

  1. They don't read and if they do they don't understand. If they understand, they cannot practise it. If they practice it, it will be in the wrong way.
    So let those idiots who claimed to be on the high horse self destruct without anybody's help!

    ReplyDelete