Kemeriahan kempen di Sungai Limau sedikit
tercemar apabila penduduk kampung dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang
pelajar yang berketurunan arab di sekitar kawasan kempen. Setelah diselidiki,
rupa-rupanya mereka adalah pelajar dari Iran yang belajar di beberapa
universiti negara.
Dikatakan mereka di bawakan secara khas
bagi mengikuti program ‘anak angkat’anjuran sebuah NGO yang pro
pembangkang. Mereka menggunakan alasan kononnya untuk membuat kaji selidik,
namun apabila disiasat, kehadiran mereka rupanya untuk membantu jentera kempen
calon Pas.
Mungkin ada yang merasakan itu adalah
merupakan perkara biasa dalam kempen pilihanraya. Namun yang menjadi
persoalannya ialah mengapa pembangkang menggunakan pelajar Iran bagi membantu
jentera kempen?
Ini kerana umum mengetahui, rata-rata di
kalangan mereka berpegang kepada fahaman sesat Syiah yang jelas bertentangan
dengan pegangan Ahli Sunah Wal Jemaah. Apakah pembangkang sedang berusaha untuk
menghalalkan Syiah di Malaysia?
Tambah memeranjatkan, mereka juga turut
menaikkan beberapa poster Syiah di sekitar kawasan kempen bagi menyokong calon
Pas. Salah seorang petugas Pas yang ditemui, diminta mengulas mengenai perkara
ini menjelaskan dia langsung tidak mengetahui mengenainya.
Sambil mendakwa ia mungkin kerja jentera
Umno / BN yang sengaja ingin mencemarkan imej Pas. Mungkin ada logiknya, tapi
apabila difikirkan balik mungkin, mana mungkin NGO yang pro pembangkang mahu
bersekongkol dengan BN.
Tambahan pula, selama ini Umno adalah
merupakan satu-satunya parti yang menghalang dang menentang penyebaran ajaran
Syiah di Malaysia. Dan lagi melalui data dan statistik yang dikeluarkan oleh
pihak Jakim, antara kubu kuat ajaran Syiah ialah di Kedah.
Malah Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz
Mahathir adalah antara pemimpin negeri yang pertama mahu mengazetkan dan
mengenakan tindakan undang-undang kepada pengikut Syiah.
Melalui kajian ilmu, Syiah merupakan
golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli
Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan
hadis Nabi SAW.
Terdapat tiga kategori golongan Syiah
iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah
Mu'tadilah (Zaidiyah).
Antara strategi yang digunakan ialah,
memasuki ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas,
ABIM, JIM, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah,pura pura dan niat
menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkannya dari dalam.
Kesimpulannya, para pelajar asing dari
Iran yang diturunkan itu selain digunakan untuk membantu kempen, mereka mungkin
digunakan untuk menarik lebih ramai orang-orang Kedah agar terpengaruh dengan
ajaran sesat ini. Dan tidak mustahil mereka juga turut akan menawarkan mutaah
kepada para pengundi di Sungai Limau.
2 comments:
Hangpa melayu undi Umno tak dapat apa-apa. Tapi bila cina tak undi Umno boleh dapat 2 juta. Sapa cerdik ?
Bukannya sapa cerdik tetapi siapa mudah lupa?
Post a Comment