Rata-rata pengundi di Sungai Limau baru-baru ini dikejutkan dengan
laporanharakahdaily yang mengatakan kononnya bapa kepada
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong
calon Pas dalam pilihan raya kecil kali ini.
Tidak cukup dengan laporan tersebut, jentera Pas juga seakan
terdesak apabila turut mengedarkan risalah dan gambar lawatan rombongan calon
parti itu ke rumah Baharom Ramli bagi meyakinkan pengundi.
Namun bak kata pepatah, ‘bangkai gajah masakan dapat ditutup
dengan nyiru’. Pembohongan mereka akhirnya terbongkar, apabila Baharom Ramli
yang juga dikenali sebagai Pak Ngah menafikan laporan tersebut. Malah beliau
turut melahirkan rasa kesal atas fitnah tersebut yang jelas cuba menarik
sokongan pengundi dengan cara yang kotor.
“Anak saya lebih utama. Kita mesti utamakan anak kita dahulu
(merujuk kepada cara kempen yang cuba menggunakan beliau untuk memburukkan
Jamil Khir)” katanya ketika ditemui oleh pihak media.
Pak Ngah juga mengatakan, beliau amat tidak bersetuju nama beliau
digunakan untuk kempen pilihan raya ini. Ketika diminta mengulas mengenai
peluang Pas dalam PRK ini, beliau mengatakan ia agak sukar.
Datuk Mukhriz Mahathir kesal dengan tindakan PAS yang cuba meraih
simpati apabila mempolitikkan kunjungan mereka ke rumah bapa kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang diserang penyakit
angin ahmar sejak tiga tahun lalu.
Menteri Besar Kedah itu berkata, tindakan calon PAS, Mohd Azam
Abdul Samat bersama Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi Baharom
Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka menimbulkan tanda tanya
khususnya mengenai keikhlasan dan motif disebalik tindakan tersebut.
"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon
PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom,
kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet)," katanya
Umum mengetahui jentera Pas sedang berdepan dengan masalah
perpecahan dalaman dan berkemungkinan akan kalah di kubu kuat mereka ini. Malah
melalui ceramah-ceramah yang diadakan sepanjang masa berkempen ini juga jelas
menyaksikan parti itu gagal menarik sokongan masyarakat setempat.
Walaupun mereka mengadakan ceramah hampir setiap malam, namun
hanya sekitar 5 – 20 orang sahaja yang hadir untuk mendengar bebelan pimpinan
parti itu menabur fitnah memburukkan calon Umno dan kerajaan. Hinggakan ada di
kalangan penduduk setempat yang mempersoalkan, keikhlasan Pas dalam membela
masyarakat di Sungai Limau.
“Kami langsung tidak mengetahui, apakah misi dan visi calon Pas
sekiranya diberi mandat untuk mewakili masyarakat di sini. Setiap kali ceramah,
mereka hanya memburukkan calon dan kerajaan BN.
“Patutnya, mereka menjelaskan isu-isu yang akan dijadikan
keutamaan sekiranya menang” jelas salah seorang pengundi yang ditemui di
Kampung Titi batu.
No comments:
Post a Comment