Sejurus selepas pengumuman bajet 2014 yang
dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Jumaat lalu, pembangkang mula menjadi
isu Cukai
Barang dan Perkhidmatan atauGood And Service Tax (GST) sebagai isu yang
cuba digunakan untuk terus menanamkan sentimen kebencian rakyat. Mereka
mengatakan kononnya kerajaan BN/Umno sengaja mahu menindas membebankan rakyat
dengan mewujudkan pelbagai cukai baru.
Mereka cuba memainkan isu secara
berterusan untuk memastikan rakyat dapat menghadam sekali gus menerima semua
tohmahan ini tersebut dan menganggap ia sebagai perkara yang betul. Itulah
resam pembangkang, mereka akan cuba menjadikan semua isu untuk meletakkan
kesalahan kepada kerajaan.
Sedangkan secara realiti ia adalah
sebaliknya. Pada yang masih kabur dan samar, GST adalah merupakan cukai
penggunaan yang dikenakan ke atas aktiviti nilai tambah pada setiap peringkat
rangkaian pengedaran semua barang dan perkhidmatan, termasuk yang diimport
melainkan yang dikecualikan oleh Kerajaan.
Malah kadar GST yang dicadangkan pada 4%
itu juga sebenarnya lebih rendah dari kadar cukai jualan (5% dan 10%) dan cukai
perkhidmatan (5%) yang dikenakan pada masa sekarang.
Dengan pelaksanaan GST, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan
dalam sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya
kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah
membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.
Dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali
cukai sahaja. Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila
GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan
menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.
Atau dalam bahasa mudah, bagi setiap RM100
yang dibelanjakan oleh golongan miskin, sebanyak RM2.38 adalah untuk cukai.
Tetapi apabila GST dilaksanakan dan dikenakan pada 4%, beban cukai yang
ditanggung akan menurun kepada RM2.17 sahaja. Ini merupakan penjimatan di dalam
perbelanjaan harian mereka.
Sebagai contoh pada masa sekarang, rakyat
tanpa mengira kelas pendapatan sebenarnya telah membayar cukai jualan dan cukai
perkhidmatan ke atas perbelanjaan harian mereka. Namun cukai yang dibayar ini
terutamanya cukai jualan tidak kelihatan di dalam invois atau resit kerana
ianya terselindung di dalam harga barangan.
Malah sekiranya dibuat kadar GST yang
ditetapkan ini
merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia,
Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta
Thailand pada kadar 7 peratus.
Dan buat kali yang kedua, Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang
juga turut membentangkan bajet alternatif, sehari sebelum pembentangan bajet
kerajaan. Ia antara lainnya bertujuan untuk menunjukkan kononnya pakatan
pembangkang lebih hebat mengurus tadbir ekonomi negara berbanding kerajaan.
Namun apa yang jelas, bajet tersebut memperlihatkan
kelemahan mereka di sana sini. Paling ketara apabila Anwar gagal menjelaskan
sumber kewangan yang akan digunakan dalam semua perancangan tersebut.
Malah negeri yang ditadbir oleh mereka juga jelas tidak menguna
pakai semua perancangan yang pernah dibentangkan di dalam bajet alternatif 2013
mereka.
Tidak cukup dengan itu, Anwar selaku penasihat negeri Selangor
juga turut mengakui, pentadbiran Khalid Ibrahim di Selangor lemah kerana gagal
mengurus tadbir sumber kewangan negeri. Itu belum diambil kira Guan Eng di
Penang yang langsung tidak mengunapakai semua perancangan yang dibentangkan
oleh Anwar.
Atau dalam bahasa mudah, bajet alternatif Anwar telah ‘dibakul
sampahkan’ oleh Lim Guan Eng dan Khalid Ibrahim. Ini realiti sebenar
pembangkang, mereka hanya tahu merancangkan dan menjanjikan ‘bulan dan bintang’
buat rakyat. Namun apabila tiba untuk perlaksanaan, ia pasti gagal sekali gus
meletakkan ekonomi rakyat terjejas.
Mungkin ada baiknya, pembangkang mengimport
penasihat-penasihat mereka sebelum membentangkan bajet alternatif
seperti Dr Pornthip Rojanasunand dan SenatorNick Xenophon
Kesimpulannya pengunaan GST ini adalah bertujuan
untuk menyeragamkan satu sistem percukaian secara menyeluruh dan saksama
agar dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan cara ini, selain
memperkasakan ekonomi negara agar dapat ia juga dapat meringankan beban rakyat
No comments:
Post a Comment