KL CHRONICLE: #PemilihanUMNO : Kenyataan Yang Berhormat @Khairykj @Brojinggo #KLChronicle #KJ4KP #Vote4KJ

Friday, October 4, 2013

#PemilihanUMNO : Kenyataan Yang Berhormat @Khairykj @Brojinggo #KLChronicle #KJ4KP #Vote4KJ



"Pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia: Tinggal lebih kurang seminggu sebelum perwakilan Pemuda UMNO di seluruh negara menentukan kepimpinan untuk penggal akan datang.



Sepertimana yang rakan-rakan sedia maklum, saya sekali lagi menawarkan diri untuk terus menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, jawatan yang saya sandang sejak tahun 2009.

Selama empat tahun yang lepas, pelbagai program telah Pemuda UMNO-BN laksanakan dengan tema mendekati orang muda melalui politik khidmat bakti. Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO-BN di bawah kepimpinan saya menyentuh isu-isu yang menjadi kebimbangan anak muda negara terutamanya yang berbangsa Melayu.

Hasil kajian yang telah kami buat dalam BN Youth Lab beberapa tahun dahulu, pendekatan Pemuda UMNO-BN telah diubah secara menyeluruh. Orang muda zaman sekarang tidak lagi tertarik dengan politk yang berteraskan retorik semata-mata, sebaliknya mereka mahu melihat apakah penyelesaian atau solutions yang dapat ditawarkan oleh parti-parti politik.

Oleh yang demikian, saya telah membawa Pemuda UMNO-BN kearah solutions-based politics yang mementingkan jalan penyelesaian dan bukan hanya tahu mendesak kerajaan tanpa cadangan atau pelan pelaksanaan sendiri.

Contohnya, kita mendapati orang muda risau dengan masa depan kerjaya mereka dan juga kos sara hidup yang meningkat. Pemuda UMNO-BN telah bertindak atas kebimbangan ini dengan penganjuran Karnival Kerjaya Pemuda BN (BN Youth Job Fair) yang sudah masuk tahun keempat penganjuran dan telah menjelajah ke seluruh negara. BN Youth Job Fair telah menerima hampir sejuta pengunjung sejak ia bermula dan telah membantu 140,000 orang - majoritinya anak muda - mendapat peluang pekerjaan.

Pemuda UMNO-BN juga telah mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk menangani masalah perumahan untuk orang muda melalui BNY HOPE yang akhirnya menjadi polisi baharu melalui PR1MA, Skim Rumah Pertamaku dan rumah transit untuk orang muda. Jelajah 1Malaysia atau JOM dibawah Pemuda UMNO-BN pula telah berjaya membaik pulih ratusan rumah usang orang muda di seluruh negara.

Pemuda UMNO-BN juga telah memperjuangkan isu gaji minimum bersama kesatuan-kesatuan sekerja sehingga ia menjadi realiti. Pada akhir tahun ini Akta Kebangkrapan akan dipinda hasil daripada usaha kami untuk memberi peluang kedua kepada mereka yang dibelenggu status muflis.

Banyak lagi program-program yang kami telah buat selama empat tahun lalu. Pemberian biasiswa untuk anak muda daripada keluarga berpendapatan rendah untuk ke IPTS juga telah kita berikan melalui BNYES, lesen motosikal diberi dengan harga yang terendah melalui (BL1M) yang masih dalam pelaksanaan, gerakan sukarelawan dibayai melalui Dana Belia 1Malaysia (kini diambil alih 1M4U), profesional muda dilibatkan dalam politik melalui BNYV dan isu keadilan sejagat sering dibangkit terutama isu Palestin.

Ini tidak termasuk peranan Pemuda UMNO-BN sebagai suara orang muda. Sebagai contoh, baru-baru ini kami membantah cadangan PTPTN untuk menyenaraikan para peminjam yang lewat membayar atau tidak membayar hutang di bawah senarai CCRIS sehinggakan cadangan itu tidak diteruskan.

Inilah antara pencapaian kami selama empat tahun yang lepas. Memang betul, corak kepimpinan Pemuda UMNO sekarang berbeza dengan zaman dahulu.

Namun saya berpendapat gaya lama di mana Pemuda sinonim sebagai kumpulan pendesak semata-mata sudah tidak relevan lagi.

Insya'Allah sekiranya diberi mandat sekali lagi, saya akan terus memimpin Pemuda UMNO-BN supaya kami dapat membawa lebih banyak lagi idea penyelesaian atau solutions untuk orang muda. Semua orang boleh bercakap, tetapi bukan semua yang boleh melaksanakan.

Mohon sokongan rakan-rakan pada 12hb Oktober. Saya, KJ, sekali lagi menawarkan diri sebagai calon nombor 1 bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia".


1 comment:

Anonymous said...

SDR KL Chronicles
THE CAIRY CRONIKLES entri#37

Wah hari hari,KJ masuk media,hebat betul Reginnalah.

Kenyataan KJ,buktikan wujud nya antara 100 dalil mengapa KJ tidak layak menduduki apa apa jawatan dalam UMNO atau kabinet.
Sudah143 hari berlalu , umum kenal di mana sebenar nya hati jiwa
pandangan pemikiran hala tuju nafsu angan angan dan rangkaianya.
wawancara di atur olih reginaa penyokong dap,api dalam sekam.
sekam di biyaai umno melalui kj.
A B K
ASALKAN bukan KJ
Tolak kj.Tolak kj.Tolak kj = tolak Ajib GOR GONG
Jangan tunggu lagi.Mulai kempen Carpe diem.
Kita perlu PM Baru.,bukan twitter champion di sans francisco .
Perlu apa kita bagi peluang orang putih belasah duit kazanah ?
Ah Jib dabik dada kita di malaysia ada macam macam jenis laman media portal eGOVT dan saluran komunikasi world class(ikut nis bah Ah jib gor
gong).maka perlu apa diri pejabat di jauh jauh jauh ????
Nak buat hideout ke ? Playground ? Rumah santai ?
Ada orang kata KJ tu Intelligent.
Dia punya intelligent dari osmosis bukan natural ,sebab dia
oxon,liberal,moderate,SIL,dan 40 tahun dulu bapa nya kerja dengan
KBS(duu nama apa ya )ada reginnalah,
ada cover boy majallah GQ,pandai tulis surat kapada majallah economist UK,ada sahabat rapat Pork chop jason jonathan, sahabat AA Tony FFFF,dan peminat nya nombor satu semenjak dari 7.05.13, adalah Lim kit siang,yang kerap minta ah jib gor gong kasi sama KJ jawatan tinggi,tinggi.,tinggi
Yang paling utama sekali, sebab KBS ada bajet
789.000.000(RM) untuk di agihkan, untuk 19 jenis sukan. ?
KJ lupa kita hanya ada 25 juta rakyat malaysia tulin.Tak bolih pakai 4 juta Pati dan expatriate dan PR status untuk naik kan sukan ke taraf dunia ?
Apa perlu kita taraf dunia untuk sukan ?
Jadi High Income nation pun terkial kial .
50 % daripada 25, juta penduduk di bawah umur 23 tahun, yaani 12 juta.
Kita punya unemployment rate 3 %.
KJ ,elok lak cari perluang perkerjaan untuk jutaan rakyat Malaysia, dari sibuk buat kertas kerja Sports University.
Jangan lupa KJ, negara kita tempat 4 juta orang asing,pati,expatriate,orang bukan rakyat malaysia,MYkad Merah cari makan dengan ehsan rakyat Malaysia ! Ingat !. Tak perlu guna ENDLESS POSSIBILITIES sebagai teras dan pletform high income nation dan the best is yet to come .
Apa guna laungan Endless Possibilities ,liberal, global movement of moderate.,centrist ,world view lah, kj.Jeritan lah ah jib gor gong tak dapat kita tolong jutaan belia yang perlu pembelaan.
Kita perlu perdana menteri baru.
kita tak mau slogan demi slogan.
kita tak mau konsultan.
kita mau idris jala keluar.
kita tak mau pemandu.,tutup aje.
Tolak Ah jib = tolak kj.
Kj sudah canang awal,umpan rasuah pada penyokong nya,mereka akan di
bawa world class free junket ,pakai duit rakyat,nak pujuk rakyat imigran
malaysia pulang (?).Kalu macam itu buat apa TalenCorp ? Atau nak ambil alih talenCorp ?Kamu nak hijak ke ? Macam Ah Jib Hinakan 1.4 juta pekerja kerajaan , kasi Zero Kerja dapat gaji.Kasi Konsultant jutaan RM.Kasi Pemandu Jutaan RM.
Kj terlalu mudah nak ole ole duit,sebab bukan duit sendiri,(FIL ?),pakai jet perbadi yang di beli olih khazanah untuk FIL ?
Memang sahih KJ amal :
1.Endless Possibilities.
2.The High Income Nation.
3.The best is yet to come.
4.political transformation Ah Jib gor gong aka bapak kucing,bapak sekolah vernakular....bapak sekolah foon yew high skool,bapak nazifudin..
arjuna waspada
changkat lobak.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget