PULANGNYA
Tan Sri Azizan Razak ke rahmatullah semalam, bermaksud berlakunya kekosongan
bagi DUN Sungai Limau - kekosongan kedua sejak PRU13 berakhir, selepas DUN
Kuala Besut yang kosong selepas kematiannya penyandangnya, berjaya
dipertahankan BN Ogos lepas.
Menarik
dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru,
merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN
buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya
kecil yang dijangka sengit itu nanti.
BN
sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN
Sungai Limau dari PAS setelah kawasan
parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk
Seri Jamil Khir Baharom dalam PRU13 yang lepas, selain BN berjaya
mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).
Kejayaan
ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada
peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan
Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan bulan depan.
Ini
adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai
Menteri Besar sebaik BN diumumkan berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas,
Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu,
sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.
Walaupun
dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai
Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak
kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.
Tapi
kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima
hakikat bahawa corak pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh
dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.
Disamping
itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti
kenaikan harga minyak baru-baru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis
mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di
DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta
merta seperti
mana
janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.
Tidak
juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang
pilihanraya dan mengekalkan kuasa.
Mungkin
kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz
yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham
Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri Besar tersebut sejak
Allahyarham mula jatuh sakit. Malah pentadbiran Mukhriz juga secara
terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai
dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.
Pendekatan
mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu
kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti
yang dijelaskan di atas.
Justeru,
yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang
menarik selepas PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan
mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan
kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung
kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.
Pendek
kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah
dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.
No comments:
Post a Comment