KL CHRONICLE: Sebab - Sebab Mengapa Berunding Dengan PAS Lebih Untung Dari PKR #KLChronicle

Sunday, September 22, 2013

Sebab - Sebab Mengapa Berunding Dengan PAS Lebih Untung Dari PKR #KLChronicle

Tidak dapat dinafikan yang Anwar Ibrahim itu adalah seorang politikus yang cukup hebat sekali sesuai dengan gelaran yang diberikan oleh isterinya iaitu ‘Anugerah Tuhan’.  Suatu ketika dahulu kita terkejut juga dengan langkah yang diambilnya dalam menghadapi satu-satu isu terutama di dalam keadaan terdesak.  Namun, setelah mengenali beliau, tiada apa lagi yang dilakukannya yang dapat mengejutkan kita.  Malah, hari ini, ramai yang sudah mampu membaca gerak langkah beliau lebih awal lagi. 



Bagaimanapun, langkah yang diambil Anwar kali ini cukup menarik iaitu cuba menggambarkan kepada dunia bahawa kerajaan BN atau Dato’ Seri Najib sedang menagih kerjasama dengannya atau dalam kata lain, ingin berdamai.  Untuk itu, semua bala tenteranya dikerahkan untuk menonjolkan senario yang sama iaitu Dato’ Seri Najib telah, melalui orang tengah, berbincang dengannya untuk membentuk satu macam kerjasama seperti kerajaan perpaduan. 

Kononnya, Dato’ Seri Najib buntu dalam menangani tekanan dalaman UMNO yang semakin hilang kepercayaan terhadapnya.  Kononnya Dato’ Seri Najib sudah kehilangan punca untuk menangani masalah-masalah dalam negara seperti masalah jenayah, ekonomi dan perkauman.  Justeru, hanya Anwarlah yang mampu menyelamatkan negara, sekali gus kedudukan Dato’ Seri Najib melalui satu perjanjian istimewa. 

Soalan kita ialah bukankah Anwar yang ke hulu ke hilir membuat kacau dan memburukkan negara agar ekonomi merudum?  Bukankah PR yang mendesak agar Akta Pencegahan dihapuskan dan penjenayah dibebaskan serta membela penjenayah bermati-matian?  Bukankah PR yang bersungguh-sungguh meniupkan api perkauman di mana DAP secara terang-terangan melaungkan pemerintahan Cina melalui laman sosial Tony Pua?  Justeru, apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib memerlukan Anwar untuk menangani semua masalah ini sedangkan Anwar dan pembangkanglah yang menjadi puncanya? 

Dan apa ke jadahnya Dato’ Seri Najib perlukan pengaruh Anwar untuk meningkatkan pengaruh dirinya di dalam UMNO sedangkan orang-orang Melayu telah meningkatkan sokongan terhadap parti itu dalam PRU yang lalu, serta menolak Anwar’?  Bukankah ini bermakna sebarang kerjasama dengan Anwar hanya akan mengundang bala kepada Dato’ Seri Najib, yakni menyebabkan orang-orang UMNO turut menolak beliau? 

Benarlah kata Jusuf Kalla iaitu Anwar hidup dalam angan-angan yang terlalu tinggi.  Tidak mustahil Anwar tidak lagi dapat membezakan mana fantasi dan mana realiti.  Kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri membuatkan beliau mula percaya kepada pembohongannya sendiri. 

Hakikatnya, Dato’ Seri Najib tidak mungkin bekerjasama dengan manusia yang telah memfitnahnya dengan begitu teruk sekali.  Anwar menuduh Dato’ Seri Najib membunuh dan sanggup mengupah saksi agar mensabitkan Dato’ Seri Najib atas kesalahan tersebut.  Jadi, apakah maknanya ini? 

Maknanya, jika Anwar berjaya, Dato’ Seri Najib boleh ke penjara atas kesalahan yang tidak dilakukannya.  Lebih dahsyat lagi mungkin dikenakan hukuman mati memandangkan kes ini adalah kes bunuh. 

Dengan niat Anwar yang begitu jahat terhadap Dato’ Seri Najib, apakah logik jika Dato’ Seri Najib menghulur tangan kerjasama dan melupakan sahaja apa yang Anwar cuba lakukan terhadapnya?   Apakah jaminan yang Anwar tidak akan melakukannya sekali lagi, iaitu memfitnah dan menghumbankan Dato’ Seri Najib ke dalam gaung? 

Inilah yang kita perlu hadamkan, iaitu apa yang Anwar telah lakukan terhadap Dato’ Seri Najib adalah melangkaui permusuhan politik.  Ia telah menjadi sesuatu yang peribadi serta melibatkan nyawa. 

Lagipun, yang menang adalah Dato’ Seri Najib dan yang kalah adalah Anwar Ibrahim.  Malah, kemenangan Anwar di Permatang Pauh juga menyaksikan kemerosotan undi yang banyak sekali. Oleh itu, tiada sebab bagi Dato’ Seri Najib untuk berbincang dengan orang kalah. 

Sekali lagi diulang, yang terhegeh-hegeh dan tersorong-sorong pipi yang baru disuntik botox di sini, ialah Anwar Ibrahim.

Dato’ Seri Najib sebagai Presiden UMNO tidak mungkin bekerjasama dengan pihak yang berpegang kepada liberalisme dan pluralisme.  UMNO tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal ini.  Kerana itulah UMNO tidak ada masalah untuk menghulur tangan kepada PAS walaupun PAS tegar membawa pendekatan takbur meletakkan diri lebih Islam dari UMNO.  UMNO bersedia bersatu atas nama ummah dengan PAS biarpun PAS mengkafirkan UMNO. 

Sekiranya PAS kembali menemui kewarasan, UMNO bersedia bekerjasama dengan PAS tetapi bukan PKR dan bukan Anwar Ibrahim.  Kekuatan UMNO dicampur dengan PAS sudah cukup untuk mematikan terus PKR dan juga DAP.  

Untuk apa UMNO bekerjasama dengan PKR yang mana majoriti wakil rakyatnya adalah kaum Cina yang tidak mungkin akan mengundi BN dalam PRU nanti? 

Justeru, jika benar UMNO atau Dato’ Seri Najib benar-benar terdesak untuk bekerjasama dengan pembangkang, yang pastinya pembangkang itu bukan Anwar Ibrahim.  Anwar boleh terus berangan dan jenteranya juga boleh terus menyebarkan angan-angannya.  Namun, angan-angan itu akan kekal menjadi angan-angan sepertimana angan-angan ingin menjadi Perdana Menteri pada 16 September…entah pada tahun berapa...   

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget