KL CHRONICLE: Kini Pemimpin Pro Pembangkang @zaidibrahim Kata Polisi Memperkasa Ekonomi Bumiputera Akan Buat "Melayu" Malas #KLChronicle

Thursday, September 19, 2013

Kini Pemimpin Pro Pembangkang @zaidibrahim Kata Polisi Memperkasa Ekonomi Bumiputera Akan Buat "Melayu" Malas #KLChronicle

Polisi memperkasa ekonomi Bumiputera hanya akan membuatkan komuniti majoriti di negara ini semakin "ketagih" yang akan membuatkan mereka menjadi malas, kata bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim.


Zaid yang pernah menjadi ahli Umno selama 23 tahun dan menerima pelbagai kontrak kerajaan berkata, polisi untuk Melayu dan Bumiputera, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lalu tidak seharusnya khusus kepada satu-satu etnik, sebaliknya perlu fokus kepada keperluan semua rakyat di Malaysia khususnya orang Cina & India.
"Saya tidak melihat keperluan polisi khusus kepada satu-satu kaum. Itu semua mengarut dan idea membantu kumpulan tertentu dengan polisi tidak lagi diperlukan," katanya dalam satu temuramah khas bersama The Malaysian Insider.
Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mempunyai pandangan sama. Bagi beliau, ini satu polisi yang tidak tepat kerana rakyat perlu dibantu mengikut keperluan mereka bukan mendiskriminasi kaum lain.
Zaid, bekas Presiden KITA yang akhirnya ditolak ahli parti berkata, seharusnya setiap kaum dibantu berdasarkan keperluan mereka, termasuk mereka yang bukan Bumiputera mahupun Melayu.
"Agenda Bumiputera itu adalah satu bentuk diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain," katanya.
Najib ketika pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera itu memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera yang menurutnya mampu meningkatkan penguasaan golongan berkenaan menjelang 2020.
Dalam ucapannya, Najib turut berkata, pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai 30 peratus dan golongan tersebut kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.
Empat pendekatan lain yang diumumkan perdana menteri adalah memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.
Zaid berkata,persepsi Bumiputera tidak mampu bersaing secara efektif dengan kaum lain juga tidak tepat, kerana polisi-polisi yang kononnya ingin membantu mereka itu akan membuatkan mereka menjadi malas.
"Ia pilihan nak buat atau tidak ... (mereka fikir) tak perlu bersaing, kerana lebih mudah tak perlu buat.
“Bantuan kepada mereka yang memerlukan itu lebih penting,” katanya.
Katanya, beliau adalah contoh terbaik Bumiputera yang tidak memerlukan bantuan daripada polisi sedemikian.
Malah, katanya, semua institusi yang hanya khusus untuk Melayu dan Bumiputera perlu dibuka kepada bangsa lain.
"Ya, saya setuju buka UiTM, UDA, MARA, Felda kepada bukan Bumiputera. Melayu tetap majoriti, kita ada persaingan, untuk Melayu lebih maju model yang kita guna perlu ditukar.
"Institusi yang ditubuhkan untuk Bumiputera itu bukan saya kata perlu ditutup, tapi itu tidak bererti kita tutup peluang kepada orang lain (untuk menyertainya)," katanya.
Zaid turut mengingatkan Pakatan Rakyat (PR) agar fokus kepada matlamat jangka panjang dengan berjuang untuk perkara itu.
Polisi itu juga katanya, memberi peluang kepada golongan Melayu professional untuk mengekalkan kedudukannya atas tiket hak istimewa Melayu dan Bumiputera dan takut kehilangan hak istimewa berkenaan.
"Kita tidak perlukan bantuan untuk segalanya dalam hidup, kita hanya perlukan sedikit bantuan di tempat dan masa yang betul," katanya.
Selepas meninggalkan Umno, Zaid kemudiannya menyertai PKR  sebelum menubuhkan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

2 comments:

Anonymous said...

"Shaya shendiri pun merasha begitu melas unthuk berbuat apa-apa kerena shaya shekaran shudah kaya,kaya,kaya. Boi! bawak lagi shetengah, shaya mau minim lagi!"

Anonymous said...

Ya, ya, Cina takyah bukak apa-apa, Melayu je bukak semua biar jadi bogel terus baru jadi rajin.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget