KL CHRONICLE: Kempen Calon Naib Ketua Pemuda #UMNO #Malaysia @LokmanAdam Semakin Hangat #KLChronicle

Sunday, September 29, 2013

Kempen Calon Naib Ketua Pemuda #UMNO #Malaysia @LokmanAdam Semakin Hangat #KLChronicle

Calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Lokman Noor Adam kini memulakan "last push" beliau dalam kempen merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Lokman yang dipercayai mendahului saingan kerusi Naib Ketua Pemuda dilihat masih mengekalkan momentum berkempen dengan cuba berjumpa seramai mungkin perwakilan Pemuda UMNO dari akar umbi. 



Bersama Pemuda UMNO Keningau & Persiangan
Saya melihat ini satu perkembangan yang sangat bagus dimana calon "take the effort" untuk berjumpa ahli pemuda, mendengar & memahami masalah serta kemahuan mereka dan cuba untuk membawa suara ini ke peringkat atasan. Ini adalah langkah yang betul kerana saya percaya ramai ahli akar umbi mempunyai pelbagai idea bagaimana untuk memperkasakan UMNO dan disamping itu untuk menguatkan kerajaan Barisan Nasional. 


Bersama Pemuda UMNO Beaufort & Sipitang
Saudara Lokman kini masih berada di Sabah untuk berjumpa ahli akar umbi walaupun beliau tahu Sabah merupakan kubu kuat Jamawi Jaafar, pesaing beliau dalam merebut jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Bagi saya, ini yang cantik dan moleknya UMNO, pemimpin dan calon diterima oleh semua ahli akar umbi, tidak kira dari negeri mana atau "camp" mana. UMNO bahagian & cawangan terbuka kepada semua calon. 


Lagi bersama sahabat Pemuda UMNO 
Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Putatan, Sepanggar, Papar, Ranau
Saya juga melihat saudara Lokman sangat "proactive" dalam menjalankan kempen beliau dengan pelbagai video, poster & banner telah diedarkan dengan begitu meluas di media sosial. Antara video yang saya sangat tertarik adalah video sumpah beliau dibawah:





Sudah jelas Lokman Adam tidak pernah membakar bendera UMNO ataupun Malaysia, jadi saya berharap fitnah yang buruk-buruk yang dimainkan oleh penggiat sosial tu sudah lah. Jangan kita rosakkan parti kita hanya kerana kita menyokong calon lain. Wallahualam. 

Kepada ALLAH swt Kami Berserah



No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget