Tun sependapat dengan @LokmanAdam |
Alhamdulilah syukur ke hadrat Allah swt semakin ramai pemimpin pemimpin UMNO yang telah bangun bersuara berkaitan isu filem sejarah 13 may Tanda Putera. Selepas calon Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia saudara Lokman Noor Adam mengeluarkan kenyataan media berikut:
"Filem Tanda Putra boleh saya kategorikan sebagai filem yang "WAJIB" ditonton oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan bumi bertuah ini. Saya menyeru semua teman-teman agar dapat mengembling seberapa ramai anak muda yang boleh bagi menyaksikan filem ini"
ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah bersuara dengan menyatakan perkara yang sama.
"Rakyat sepatutnya dibenarkan untuk menonton filem berkisar tentang sejarah seperti Tanda Putera dan New Village, dan mereka akan membuat keputusan sendiri mengenainya"
Pemimpin Pemuda yang pertama keluarkan kenyataan membela filem Tanda Putera |
Penulis lihat ini adalah satu perkembangan yang sangat bagus dimana tokoh pemimpin terdahulu dan sekarang bekerjasama demi kebaikan orang Melayu dan parti UMNO. Ini sekaligus menepis cakap cakap fitnah selama ini yang dijaja oleh pihak pihak tidak bertanggungjawab dimana kononya ada berlaku pergeseran antara Saudara Lokman dan Tun Mahathir.
Diharapkan juga dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua pemimpin ini kerajaan Pulau Pinang janganlah bongkak sangat dengan mengugut stesen stesen penyiaran tempatan untuk tidak menayangkan filem tanda putera. Bagi penulis kenapa kerajaan Pulau Pinang bawah pentadbiran komunis DAP hendak takut dengan sebuah filem jika mereka tidak pernah melakukan kesalahan?
Berani kerana benar, takut kerana salah..
KEPADA ALLAH SWT KAMI BERSERAH
No comments:
Post a Comment