KL CHRONICLE: Jawapan Syarikat PR1MA Berhad Berkaitan Progress Pembinaan Rumah PR1MA Yang Dijanjikan Kerajaan #KLChronicle

Friday, August 2, 2013

Jawapan Syarikat PR1MA Berhad Berkaitan Progress Pembinaan Rumah PR1MA Yang Dijanjikan Kerajaan #KLChronicle



Email Penulis kepada syarikat PR1MA Berhad ...



Received: 8/2/2013 12:05 PM

To: info; Info

Subject: Jumlah Rumah PR1MA yang telah siap dibina


Salam,

Saya ingin mengetahui berapa jumlah rumah PR1MA yang telah siap dibina berbanding dengan jumlah yang dicadangkan. In simple how many PR1MA houses has been built (actual) against the plan value. Thanks.

Dan berikut adalah reply dari PR1MA Berhad:



Salam Sejahtera,

Tuan/Puan yang dihormati,

Terima kasih di atas e-mel anda.

Untuk makluman, projek PR1MA sebelum ini masih dalam proses pembangunan dan belum ada yang siap dibina. Dua projek PR1MA sebelum ini iaitu di Presint 11 dan Bandar Nusajaya masih dalam proses pembangunan. Manakala projek PR1MA yang lain seperti maklumat di laman web kami masih belum dibina.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di 03-7962 4374.

Talian kami beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi hingga 6:00 petang, Sabtu - 9:00 pagi hingga 1:00 petang (termasuk cuti umum).

Terima kasih.

PR1MA


No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget