KL CHRONICLE: @Razlanrafii : Tugas Berat Pengerusi UDA Yang Baru. #KLChronicle

Thursday, July 18, 2013

@Razlanrafii : Tugas Berat Pengerusi UDA Yang Baru. #KLChronicle



Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi UDA yang baru.

Datuk Johari Abdul Ghani merupakan seorang ahli perniagaan yang bermula dari bawah. Ramai kenal YB Datuk Ghani dengan sigat tegas beliau didalam mempertahankan hak bumiputera di Kuala Lumpur.



Kami cuma nak ingatkan kepada YB pengerusi yang baru berkenaan usul yang kami bentangkan di Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh dan diterima sebulat suara.

Diharap perlantikan ini akan memberikan suntikan semangat yang baru kepada perniagaan bumiputera didalam penghakupayaan pemilikan harta di dalam Bandar.



USUL PERSIDANGAN PERWAKILAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
BAHAGIAN SEPUTEH 2012

USUL EKONOMI


Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengubah kedudukan orang Melayu dengan amatketara sekali sekitar tahun 70-an sehingga 90-an. Tidak dinafikan bahawa daripada segipemilikan kekayaan, khasnya dalam sektor korporat, masyarakat Bumiputera mampumencapai peningkatan yang agak membanggakan, iaitu daripada tahap 2 peratus padatahun 1970 kepada 20 peratus pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, target keseluruhanpegangan ekuiti orang Melayu melalui DEB adalah 30%. Menyedari hakikat ini, YABDato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Presiden UMNO telah mengambilpendekatan yang lebih holistic dan menyeluruh dimana satu inisiatif "Memperkasakan"ekonomi orang Melayu Bumiputera telah dilaksanakan.

Inisiatif ini dilaksanakan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang telah ditubuhkan pada 2 Februari 2011 dan penubuhannya telah diumumkan secara rasmi olehYAB Perdana Menteri sendiri. Penubuhan  Teraju adalah untuk  menerajui, memacu serta menyelaras agenda Bumiputera dimana ianya sebahagian daripada PelanTransformasi Negara kearah negara maju, berpendapatan tinggi, berdaya tahan sertaberdaya saing.

Walau bagaimanapun, didapati terdapat segelintir syarikat GLC yang kini dilihatmenyimpang daripada cita-cita dan aspirasi YAB Perdana Menteri yang inginkanekonomi orang melayu Bumiputera diperkasakan. Antara syarikat yang paling ketaramenyimpang dari objective ini adalah UDA Holding Berhad. 

UDA Holdings Berhad ditubuhkan sebagai sebuah perbadanan melalui Akta 46 Pembangunan Bandar pada 12 November 1971 oleh Perdana Menteri Kedua,Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.

Antara matlamat penubuhan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) ialah membantu masyarakat Bumiputera mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kegiatan perdagangan dan perusahaan di semua peringkat dalam tempoh kira-kira 20 tahun.Wawasan itu terkandung dalam amanat beliau ketika majlis perasmian UDA.

Malangnya, kini UDA Holdings dilihat lebih mementingkan keuntungan daripadamenjaga kebajikan peniaga-peniaga Melayu Bumiputera. Ini terbukti apabila UDAbercadang merobohkan Bukit Bintang Plaza, dimana ini bermakna lebih 200 peniagaBumiputera akan kehilangan pendapatan. Mereka mungkin boleh berniaga di tempat laintetapi bukan di tengah-tengah bandar yang mana menjanjikan pulangan lebih baik.

Bagi pemuda UMNO Seputeh, ini tidak adil kerana keistimewaan dan peruntukanBumiputera melalui UDA tidak dilaksanakan dengan sempurna. Apatah lagi lokasiperniagaan untuk peniaga kecil Bumiputera semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

Persoalan di sini dimanakah tanggungjawab dan apakah hala tuju UDA holdings dalam memperkasakan dan membantu peniaga Melayu Bumiputera ini? Adakah keuntungan berbillion ringgit lebih penting dari tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh Tun Hussien Onn dan YAB Perdana Menteri?

Jesteru itu, pelaksanaan program-program yang realistik dan memberi kesan positi dikalangan peniaga Bumiputera mesti mendapat keutamaan.

Persidangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh 2012 yang bersidangpada hari ini MENGUSULKAN dan MENDESAK agar;

1.Semua Board of Directors, CEO dan penurusan kanan UDA Holdings diganti dengan mereka yang mendokong aspirasi YAB Perdana Menteri dalam memperkasakan ekonomi dan membela nasib peniaga-peniaga Melayu di dalam Negara.

SUMBER : SUARA RAZLAN'S

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget