KL CHRONICLE: Kini Musa Hassan Kata Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah

Monday, June 17, 2013

Kini Musa Hassan Kata Golongan muda Cina tidak hormat Melayu sebab rasuah

Musa dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia berkata apabila orang Melayu terlibat dalam rasuah, masyarakat Cina akan melihatnya sebagai satu bentuk pengkhianatan kerana menjual hak kepada orang lain. 

"Generasi muda Cina membenci rasuah. 


"Apabila orang Melayu rasuah, mereka mengganggap seperti menjual hak kepada orang lain dan akibatnya mereka tidak menghormati orang Melayu," kata Musa yang dipetik berkata dalam Utusan Malaysia di "Forum Rakyat: Melayu Islam Bersatu?" hujung minggu lalu. 

Isu rasuah merupakan perkara pokok yang sentiasa menjadi permasalahan dalam pentadbiran kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN), kedudukan Indeks Persepsi Rasuah Malaysia (CPI) menurun untuk beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun kedudukan Malaysia bertambah baik pada tahun 2012 menjadi negara ke-54 di dunia, indeks antarabangsa masih meletakkan Malaysia di bawah negara-negara Afrika seperti Rwanda (50) dan Botswana (30). 
Baru-baru ini, seorang wanita  Cina telah ditahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM kerana dikhuatiri telah menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman Facebook-nya. 

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. 

Keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini juga turut dikaitkan dengan sokongan peningkatan sokongan pengundi Cina kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan Barisan Nasional (BN) walaupun berjaya kekal sebagai kerajaan pusat, hanya memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding 140 pada Pilihan Raya 2008 lalu. 
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga secara terbuka telah menyalahkan masyarakat Cina apabila menyifatkan keputusan PRU13 sebagai "Tsunami Cina" sejurus selepas berakhir pilihan raya. 

Malah perlantikkan Datuk Paul Low sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di dalam Kabinet baru-baru ini juga dilihat sebagai langkah untuk memulihkan sokongan masyarakat Cina terhadap pentadbiran beliau dan menonjolkan imej bersih serta membuktikan ketegasan dalam menangani isu rasuah yang berleluasa. - 17 Jun, 2013.

KL Chronicle : Anak Muda Cina Tak Tahu Ke Siapa Yang Kaki Bagi Wang Rasuah?

2 comments:

Anonymous said...

Lawak betul, siapa yang bawa rasuah,pelacur,judi dan arak ke Malaysia,melayukah????? HUsam nak jilat Cina kot-kot DAP rekomen dia jadi senator.Melayu pandai ikut saja.

Malay said...

Sorry to say, you'll know if you deal with them. Yg kafir, what can we say, yg ngaku Islam spt tiada rasa malu dan dah hilang maruah, bg anak bini makan dr sumber haram. Boleh kirim kat parent lg tu pun ada.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget