KL CHRONICLE: Kini MIC & @GPalanivel pula ugut boikot BN Perak jika tidak diberikan jawatan Speaker DUN Cc @ZambryAbdKadir

Sunday, June 9, 2013

Kini MIC & @GPalanivel pula ugut boikot BN Perak jika tidak diberikan jawatan Speaker DUN Cc @ZambryAbdKadir


MIC mengugut untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dari Umno, jika jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak diberikan kepada salah seorang pemimpin mereka.


Dalam satu kenyataan kepada media, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel mengatakan partinya hanya akan kekal sebagai mesra Barisan Nasional (BN) di Perak akan tetapi tidak akan menerima sebarang jawatan ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) di negeri dipimpin Umno itu.
Parti itu juga akan menolak pelantikan jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar kata ahli Parlimen Cameron Highland itu.
"Apabila pembangkang mengetuai kerajaan negeri Perak, jawatan Speaker diberikan kepada orang India," katanya (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.
KL Chronicle : Kenapa nak bergaduh pasal jawatan, pertama sekali MIC kena reflect prestasi buruk parti dalam PRU - 13. Kemudian cari jalan penyelesaian, bawa masuk anak - anak muda kedalam parti untuk rejuvenate parti, buat program untuk bantu rakan - rakan berbangsa India. Bukan harap PM Najib Razak sahaja. Kalau macam tu tidak perlu ada MIC biar PM & UMNO sahaja yang menjaga kebajikan rakan - rakan berbangsa India. Senang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget