KL CHRONICLE: Pasca #PRU13 : Untuk Tutup Kelemahan Sendiri, @anwaribrahim Mula Salahkan Semua Orang #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM

Tuesday, May 14, 2013

Pasca #PRU13 : Untuk Tutup Kelemahan Sendiri, @anwaribrahim Mula Salahkan Semua Orang #Manifestobukanjanji #TolakPR #BNBagus #PRU13 #GE13 #Najib4PM


Rakyat berpeluang melihat telatah dan gelagat Anwar Ibrahim di perhimpunan lebih kurang 40,000 penyokong-penyokong pembangkang di Stadium Kelana Jaya dua hari lalu yang diadakan kerana membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.



Anwar nampaknya tidak berkesudahan meroyan sejak hari Ahad lalu, 5 Mei, kerana kempunan tidak berjaya merealisasikan impiannya untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri Malaysia ke tujuh.

Begitu terdesak beliau mahukan jawatan itu sehingga kini satu jenaka yang berlegar di laman-laman sesawang sosial seperti Facebook bahawa Anwar telah berjaya dilantik akhirnya sebagai 'Perdana Menteri' Kelana Jaya oleh 40,000 penyokong ang kebanyakannya berbangsa Cina.

Anwar mendakwa pakatan pembangkang telah ditipu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sehingga kemenangan yang sepatutnya dirangkul oleh mereka kononnya telah dirampas secara penipuan oleh BN.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga turut menggila seperti Anwar juga sehingga dilihat sudah hilang pedoman dan pemikiran rasional melempar bermacam-macam fitnah terhadap BN dan SPR.

Bagaimanapun penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media selepas perjumpaan dengan semua ahli-ahli parlimen dan dewan undangan negeri BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Selasa lalu berjaya merungkai secara jelas kedudukan sebenar isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berhubung proses pilihan raya yang baru selesai.

Jelas Datuk Seri Najib, pengundi Cina khususnya telah berjaya ditipu oleh parti rasis, cauvinis Dap sehingga termakan propaganda pembangkang bahawa kerajaan BN akan tumbang pada PRU13.

Disebabkan pengundi Cina sudah terpedaya dengan pelbagai tipu muslihat Dap dengan bermacam slogan yang merangsangkan perasaan seperti 'Ubah', 'Tukar', 'Ini Kalilah' serta ABU mereka berduyun-duyun keluar mengundi pada 5 Mei lalu dengan penuh harapan kerajaan baru yang akan dibentuk oleh pembangkang akan berjaya didirikan pada keesokan harinya.

Malang seribu malang bagi Anwar dan kuncu-kuncu pembangkangnya, majoriti rakyat lebih bijak daripada pengundi Cina lalu terus memberi mandat dan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan.

Inilah sebenarnya yang berlalu sehingga peratusan yang keluar mengundi mencatat 80 peratus, tertinggi dalam sejarah PRU di negara ini sejak merdeka.

Perdana Menteri menjelaskan tidak mungkin kerajaan BN dapat ditumbangkan tanpa sokongan kaum Melayu, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak walaupun jika semua pengundi Cina menyokong pembangkang.

Inilah pembohongan besar yang dilakukan oleh Anwar, Dap, PKR dan Pas sehingga pengundi Cina tersilap perhitungan politik pada kali ini dengan menolak majoriti calon-calon daripada MCA yang mewakili suara moderat masyarakat Cina di negara ini.

Pada pandangan orang Melayu kini, pengundi Cina telah mengkhianati semangat setiakawan yang terjalin sejak merdeka dengan ikatan kerjasama politik terawal antara UMNO, MCA dan MIC.

Disebabkan pengundi menjadikan emosi sebagai asas keputusan mereka mengundi pembangkang, mereka telah membuat silap besar dalam pertimbangan politik pada kali ini walaupun sebelum ini mereka dianggap sebagai satu bangsa yang pragmatik dan praktikal.

Yang mengaut keuntungan paling besar hasil pembohongan pembangkang ialah Dap yang berjaya menambah jumlah kerusi parlimen kepada 38 berbanding 28 pada PRU 2008 sementara kerusi Dewan Undangan Negeri meningkat mendadak kepada 95 daripada 63 kerusi sebelumnya.

Poin kedua yng ditekan oleh Perdana Menteri ialah berhubung dakwaan undi popular yang dicanang oleh pihak pembangkang untuk menuntut kemenangan bagi mereka.

Atas dasar jumlah undi popular yang diperolehi oleh pembangkang sebanyak 5,623,984 atau 50.87 peratus daripada keseluruhan undi berbanding 5,237,699 atau 47.38 peratus yang dimenangi oleh BN, maka Anwar mendakwa pembangkang telah dinafikan kemenangan oleh SPR.

Hakikatnya jelas Datuk Seri Najib, undi popular adalah sistem pengundian yang diamalkan oleh negara seperti Amerika Syarikat yang mempunyai sistem presiden.

Sistem pengundian bagi memilih presiden dijalankan mengikut amalan 'electoral college' dan bukannya undian terus oleh rakyat.

Sebaliknya sistem undi popular tiudak terpakai di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan sistem pengundian adalah berdasarkan kepada kawasan parlimen dengan kaedah 'first-past-the-post' bagi menentukan pemenang bagi mana-mana kawasan yang ditandingi.

Ini bermakna mana-mana calon yang mendahului pencabarnya walaupun mendapat kelebihan satu undi sekalipun akan dikira sebagai pemenang.

Anwar sengaja menimbulkan isu undi popular bagi mengeksploitasi emosi penyokong pembangkang yang kecewa kerana impian mereka ke Putrajaya hancur.

Mereka perlu ingat taktik Anwar menggunakan helah undi popular adalah bagi mengalih pandangan penyokong-penyokong pembangkang daripada mempersoal serta meletakkan kegagalan ke Putrajaya ke atas bahu Anwar.

Seperti juga pembohongan 16 September 2008 di mana Anwar berjanji akan menumbangkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi melalui jalan belakang, kali ini bekas Ketua Pembangkang itu mengulangi pembohongannya.

Perdana Menteri menyanggah hujah Anwar dengan berkata mengapa pembangkang mengiktirafkan keputusan PRU13 pada peringkat negeri tetapi menolaknya pula di peringkat parlimen?

Ini adalah sikap hipokrit Anwar yang sengaja mahu mencetuskan demonstrasi jalanan bagi mewujudkan keadaan ketidakstabilan politik.

Hakikatnya rakyat memilih BN dan bukannya Pakatan Rakyat, mahukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan bukannya Anwar.

ends  

1 comment:

Unknown said...

pkr mengheret anak2 muda yang kebanyakkan tak layak mengundi lagi.. juga mat rempit2.. DAP duduk diam2.. sedang tepuk tangan melihat kebodohan orang melayu.....

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget