KL CHRONICLE: Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat Walaupun 23 Tahun bawah Naungan PAS #TukarKelantan #GelombangMerah #BoLaWei

Monday, April 1, 2013

Kelantan Terjerumus Ke Lembah Maksiat Walaupun 23 Tahun bawah Naungan PAS #TukarKelantan #GelombangMerah #BoLaWei

Imej Kelantan sebagai kononnya “Serambi Mekah” kerana ditadbir oleh Kerajaan PAS Kelantan sebenarnya satu pembohongan. Ini dapat dilihat dengan semakin banyaknya gejala-gejala maksiat yang melibatkan pelacuran, penyalahgunaan dadah dan perjudian telah berleluasa di negeri yang dipimpin PAS ini. 

Baru - baru ini, media arus perdana telah malaporkan kes pelacuran dikalangan anak - anak Melayu Islam Kelantan yang terpaksa mencari rezeki dengan menjual tubuh mereka. Mana pergi pemimpin - pemimpin Islam PAS dalam mengangani isu ini? Salah siapa perkara ini terjadi? Adakah juga ini salah UMNO seperti mana segala perkara negatif yang berlaku di Kelantan disalahkan kepada UMNO walhah PAS yang memerintah kelantan selama hampir 23 tahun? 

Selain itu, penulis ingin bertanya mengapa PAS Kelantan gagal membendung kegiatan negatif ini? Jangan pula semua pihak disalahkan tetapi diri sendiri tidak. Anak - anak muda setahu kita perlu pembangunan ekonomi yang mapan untuk memastikan hidup mereka terjamin. Tambahan sosio ekonomi negeri kelantan adalah sangat unik dimana disebabkan kadar kemiskinan yang tinggi, anak muda mempunyai tanggungjawab untuk membantu adik dan ibu bapa masing-masing dalam perbelanjaan isi rumah. 

Untuk mendapatkan duit, peluang pekerjaan harus dibuka sebaik mungkin. Tetapi, disebabkan tiada ataupun peluang pekerjaan yang terhad, anak muda di kelantan terpaksa melacurkan diri, melakukan aktiviti yang menyalahi undang - undang dan sebagainya. Ini berbeza dengan negeri Pulau Pinang dibawah pentadbiran DAP yang dilihat dapat menaikkan ekonomi negeri mereka dengan sangat pesat, sehinggakan orang Melayu tidak mampu lagi memiliki rumah di Pulau dan terpaksa turun ke tanah besar. 

Nampak tak perbezaan disini? Satu negeri dipimpin Cina sangat maju, satu negeri dipimpin Melayu PAS sangat mundur. Agak - agak kenapa? 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget