Thursday, April 4, 2013

Bahagian 4: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13


ASAL JANGAN AGAH INSYA ALLAH BOLEH MENANG

Jika saya perlu tambah kepada pandangan Tan Sri Abdullah Ahmad ini ialah untuk menasihati supaya pemimpin, khususnya 'winnable canndidate' di Kelantan hendaklah tidak agah.


BAHAYA MEMILIH PEMIMPIN YANG SALAH

Dalam persiapan menunggu PRU ke 13 banyaklah pemimpin-pemimpin dari semua parti berkempen untuk memenangkan calon mereka. Bagi parti DAP calon di kawasan yang besar peluang mendapat kemenangan pasti diletakkan calon dari kalangan keluarga pemimpin atau yang sama 'kharbi'nya dengan pemimpin mereka. Bagi PAS juga begitu; kalau yang Islam hendaklah yang tidak menyeru kepada perpaduan ummat Islam dan yang sudi menukar perjuangan dari menegakkan hukum hudud dan negara Islam kepada menegakkan negara kebajikan untuk menjayakan program seperti yang dilaksanakan oleh kementerian kebajikan masyarakat di satu masa dulu. PKR pula, yang banyak pemimpinnya pernah menjadi ahli dan pemimpin UMNO, mereka terima siapa saja yang ingin menentang UMNO, tetapi yang dirasakan tipis menang akan diperuntukkan kawasan yang 50/50. Bagi PKR pemikiran politik yang bertanding tidak dianggap perlu kerana yang dibenarkan berfikir hanyalah ketuanya.
Cara berkempen pula terserah kepada kepada kepakaran calon sendiri. Asal dapat memburukkan pihak UMNO dan BN kebenaran fakta tidak perlu difikirkan. Cari saja pegawai kerajaan, tentera dan polis yang kecewa waktu memegang jawatan supaya mereka dapat membalas dendamnya melalui saluran politik.
Pengundi hendaklah tidak lupa bahawa masa depan negara banyak bergantung pada barisan pemimpin kerajaan setelah selesai pilihanraya. Yang banyak berkempen tetapi tidak berperanan dalam pimpinan kerajaan tidak lagi berkuasa apabila selesai pilihanraya, kecualilah jika pemimpin itu didukung oleh struktur parti yang menyeluruh dan berfungsi.
Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hadi Awang dan Mat Sabu akan mempengaruhi lebih dari 90% dari keputusan kerajaan. Mereka tidak ada ikatan yang jelas dari segi dasar perjuangan seperti yang ada pada Barisan Nasional. Yang jelas ialah ranting, cabang dan cawangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak bergungsi kerana barisan pimpinannya ditentukan oleh pemimpin belaka.
Bagaimana dengan hudud, negara Islam, Islam, Bahasa Melayu, Hak Melayu, demokrasi, LGBT, Pluralisma, Liberalisma, sikap terhadap Israel dan ancaman kepada Palestin dan lain-lain.  Apakah yang boleh dibuat oleh Dewan Ulama Pas apabila kabinet pakatan membenarkan penggunakaan Allah oleh semua ugama. Berdemonstrasi? Pemimpin pakatan lebih pakar dalam mengendalinya.
Sedangkan bagi rakyat di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan lain-lain dengan pemimpin dan ahli yang ramai dalam cawangan dan bahagian masing-masing. Di samping itu ada juga Majlis Perundingan Melayu, Perkasa dan lain-lain NGO yang menyokong tetapi terus mengkritik kerajaan secara lantang apabila perlu. Kita lihat bagaimana pemimpin BN yang didapati tidak berkemampuan telah berjaya diturunkan setelah mencapai kemenangan dalam Pilihanraya ke 12. Jika ahli-ahli UMNO dan NGO di semua peringkat tidak hilang taringnya selepas BN memenangi pilihanraya sudah pasti rakyat berbilang kaum akan mempunyai peranan untuk membimbing kerajaan mereka.
Kita lihat sahaja bagaimana Perdana Menteri Najib telah memperkenalkan berbagai program khususnya program transformasi sebagai usaha untuk memenuhi kehendak rakyat. BR1M juga adalah akibat tuntutan rakyat.  
Tetapi rakyat tidak mahu usaha membela Israel sementara rakyat Palestin tertindas, rakyat tidak mahu kebebasan seks LGBT, rakyat tidak mahu Pluralisma agama yang menyamakan Islam dengan semua ugama lain, rakyat tidak mahu Liberalisma yang membolehkan saja apa yang dituntut oleh nafsu, rakyat tidak mahu hanya kebajikan tetapi ulama yang ikhlas dengan perjuangan, rakyat tidak mahukan huru-hara jika jurang perbezaan ekonomi antara kaum melebar tanpa sebarang program yang memberi harapan ke arah perbezaan yang lebih adil.

No comments:

Post a Comment