Thursday, April 4, 2013

Bahagian 3: Melayu Mahukan Perubahan #1Malaysia #TolakPR #GE13 #PRU13


JANJI

Negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat pula jelas tidak mampu melaksanakan janji-janji yang mereka ketengahkan dalam pilihanraya. Protes ke atas kerajaan negeri Kedah (dengan balaknya), Pulau Pinang (dengan perumahannya), Selangor (dengan airnya) dan Kelantan (dengan tanahnya) datangnya dari rakyat negeri itu sendiri termasuk ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat yang tidak lagi mempercayai janji-janji pemimpin mereka.

Slogan ' Janji Ditepati ' yang diketengahkan oleh BN adalah garis pemisah antara BN dan Pakatan Rakyat yang memungkiri janji


PAKATAN YANG TIDAK SEPAKAT
 
Oleh kerana Pakatan Rakyat hanya satu pakatan, seperti kanak-kanak sekolah berpakat, dan tanpa janji dalam dasar yang konkrit, maka perubahan dasar berlaku dalam parti yang kononnya sepakatan tetapi sebenarnya berdiri sendiri. Pendirian yang jelas hanya pada DAP sebagai pembangkang, walau pun pemimpin mereka berkelahi sesama sendiri. PAS pula terpaksa tunduk kepada tekanan DAP bukan saja sampai mengambil tindakan yang memalu dan memesongkan, kerana terpaksa merubah dasar dari matlamat mewujudkan sebuah negara Islam kepada mewujudkan sebuah negara kebajikan tetapi terpaksa akur kepada DAP sehingga membolehkan penggunaan nama Allah untuk semua ugama walau pun bertentangan dengan pendirian Dewan Ulamanya sendiri.
Sudah tentu apabila pemimpin PAS terpaksa merobah pendirian pihak DAP mengetahui bahawa kompromi ini boleh diterima kerana jika impian mereka untuk memerintah berhasil maka Kabinet Pakatan Rakyat akan membolehkan penggunaan nama Allah oleh semua ugama kerana Dewan Ulama tidak ada dalam kabinet yang membuat keputusan itu. Pada waktu itu sebarang protes oleh Dewan Ulama tidak berguna lagi kerana kuasa yang sudah diperolehi sudah memperkuatkan pendirian 'kafir kharbi' itu dan boleh bertahan sehingga PRU ke 14. Pada waktu itu semuanya sudah terlambat.

Antara perubahan yang dijangka berlaku ialah di Kelantan. Di bawah ini diperturunkan sebuah karangan oleh bekas Timbalan Menteri yang pernah menjadi Setiausaha Khas kepada Tun Abdul Razak. Beliau adalah seorang tokoh yang perndapatnya perlu diberi perhatian. Beliau ialah Tan Sri Abdullah Ahmad dan karangan ini telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 6 Februari, 2013. Begini huraiannya:

TAN SRI ABDULLAH AHMAD
Suka duka, PRU-13 mengulangi sejarah politik sebelum peristiwa Mei 13, 1969: parti perkauman, pelampau Cina DAP secara solo cuba menggulingkan kerajaan perikatan Melayu, Cina dan India.
Sekarang, DAP bersekutu, berpakat seperti 2008, dengan Pas dan PKR mengepalai Pakatan mencuba bagi kali ketiga untuk menewaskan kerajaan pribumi, Cina dan India.
DAP sudah bijak, sedar Malaysia dapat dikuasainya hanya melalui proksi Melayu-Islam mereka. DAP akhirnya menerima hakikat Perdana Menteri mesti Melayu-Islam.
DAP, ikut tradisi konglomerat Cina dan antarabangsa, menerima pelantikan Melayu-Islam sebagai pengerusi tetapi kuasa mutlak tetap berada di tangan mereka.
Ramalan interim saya, BN menang dengan majoriti selesa. Apa pun performance dan kemenangan Umno kali ini lebih baik dan lebih besar. Walaupun matahari kembali menyinari Najib Tun Razak, kerajaan Umno dan BN, janganlah pula burung terbang dipipiskan lada.
Sudah kelihatan keyakinan Umno makin meningkat, seorang dua pemimpinnya terlalu optimis, menelah, mencongak BN akan menang 2/3.
Selepas tsunami politik 2008 kerajaan dan Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak kelihatan telah pulih dan kini menikmati cahaya matahari; lebih segar.
Seperti kata Speaking, “It (Umno) is enjoying some patches of sunshine”. Najib bisa melihat ke hadapan dengan lebih yakin lagi. Namun cuaca di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang terus mendung; cuaca di Kedah cerah sedikit. Perak menjadi rebutan sengit.
Di lain negeri Umno/BN diduga terus memerintah.
Secara kebetulan dua kali saya balik ke Kelantan, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berada di sana, dan hinggap di hotel yang sama walaupun kami tidak terserempak.
Hanya saya nampak permaidani merah terbentang dari pintu masuk ke lif; di lobi hotel dan di luar hotel sesak dengan pelobi, penyokong dan ahli Umno, busybodies - majoriti berpakaian kemeja merah dan wanitanya blaus putih. Mereka ke hulu ke hilir atau duduk berkumpulan, berbisik antara satu sama lain.
Nampaknya, gembira bukan kepalang, menunggu pemimpin tertinggi mereka; ada cium tangan, ada menghulur sampul surat – memohon atau membuat petition!
Kerusi Parlimen 222, kawasan majoriti absolut Cina hanya 50 sahaja, bakinya adalah kawasan peribumi dan kawasan campuran. Medan pertempuran sengit  bertumpu dalam 172 kawasan ini. Dalam kawasan absolut majoriti Cina, DAP diduga menang mudah tetapi belum tentu lagi kerana orang Cina selalunya praktikal.
Mereka mungkin memberi DAP 30 hingga 40 kerusi, bakinya untuk calon Cina dari parti komponen BN. Takdirnya DAP sapu semua, itu satu tanda “konfrontasi” macam Indonesia-Malaysia pada 1963 bermula. Akhirnya Sukarno digulingkan oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia yang diketuai Jeneral Suharto.
Pas, PKR mengepalai pertempuran di medan peribumi-Islam ini. Mereka berhasrat merampas minimum separuh kerusi itu, yakni 86. Lebih dari jumlah kerusi ketiga-tiga parti kini ada dalam Parlimen ke -12. Saya rasa berdasarkan laporan terkini, Pakatan tidak akan berjaya; andainya mereka sukses (40 + 86) mereka menang dengan kelebihan 30 kerusi! Kalau percaya propaganda Pakatan, perang sarafnya mereka akan TKOkan BN di federal dan negeri.
Jelas dapat dilihat dari lounge dan ruang santapan pagi Hotel Renaissance, Kota Baru gambar berwarna Najib dan bakal calon BN kawasan Parlimen Kota Baru Fahmi Salleh; senyum lebar terpapar di billboard dekat pintu masuk sekolah bercaption, “Tolong saya agar saya dapat membantu anda”, kurang lebih begitulah. Poster dan billboard serupa itu juga kelihatan di merata kawasan Kota Baru sudah berbulan-bulan lamanya. Mula-mula kelihatan bulan Jun tahun lepas. Nampaknya, poster dan billboard itu sudah pudar sedikit, tukarlah dengan poster dan billboard baru; kan dana banyak, sponsor pun ramai.
Di Tanah Merah dan Pasir Mas perang poster BN dan Pas (jarang kelihatan poster atau bendera PKR) telah bermula. Di Ketereh, Machang dan Pengkalan Chepa, perang iklan baru saja bermula. Saya belum lagi lihat pintu gerbang Pas atau BN tetapi pos kedua-dua parti ada di beberapa tempat.
Orang politik di Kelantan sudah demam kerana tidak sabar lagi menunggu PRU-13. Di Kelantan, pilihan raya adalah satu pesta, bukan saja menunaikan tugas sivik tetapi juga satu musim untuk bersosial dan berinteraksi secara bebas!
Pencabar Tok Guru Nik Aziz adalah menteri semenjak 1990an lagi, Mustapa Mohamed, menteri Kelantan paling lama bertahan. Mustapa dan Tok Guru kedua-duanya lemah lembut. Mustapa lebih muda. Saya kagum dengan Tok Guru, walaupun sudah berusia lapan dekad, inilah komen Speaking, “Tok Guru is 80 years old plus and he has spent the last 23 years working with, and competing against people who are generally much younger than him and he has beaten them all – walaupun Tok Guru sudah tua, dia telah menewaskan semua yang lebih muda darinya”.
Mustapa janganlah pandang ke belakang lagi, pandang ke depan, “onward and upward”. Janganlah terlampau gemar keluar negeri lagi. Berhentilah “makan angin”, duduklah di Kelantan kalau serius mahu ke depan, kalau mahu mendaki gunung politik yang lebih tinggi lagi.

No comments:

Post a Comment