DARI SERONOK JADI MARAH
Sudah tentu tajuk di atas menggembirakan pihak yang menyokong pembangkang. Keseronokan ini akan berubah apabila dikatakan majoriti orang Melayu yang mahukan perubahan ialah mereka yang tinggal di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor. Marah pula nampaknya yang tadi kelihatan seronok.
PERUBAHAN YANG BERLAKU
Perubahan yang dikehendaki oleh orang-orang Melayu, malahan yang bukan Melayu juga, bermula setelah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke 11 pada tahun 2004. Prestasi kerajaan sejak kemenangan itu begitu meleset sehingga pengundi, termasuk ahli-ahli UMNO menunjukkan protes mereka menyebabkan kemelesetan prestasi BN dalam PRU ke 12 pada tahun 2008 apabila BN kalah di lima buah negeri dan banyak kerusi Parlimen dalam Wilayah Persekutuan dimenangi oleh pembangkang.
Sekitar setahun setelah memenangi dengan tipis PRU ke 12 ahli-ahli UMNO telah menyedarkan pemimpin tertinggi parti bahawa negara memerlukan perubahan di peringkat pucuk pimpinan kerajaan pusat. Maka berubahlah pucuk pimpinan kerajaan dengan bergantinya Perdana Menteri.
ALASAN MELESET PRESTASI
Penganalisa pihak dalaman parti UMNO mengetahui bahawa perubahan yang berlaku dalam PRU ke 12 ialah atas kehendak orang-orang Melayu sendiri, kerana melesetnya prestasi kerajaan. Pihak penganalisa yang pro Pakatan Rakyat pula ingin percaya bahawa pengundi menyokong dan menyetujui dengan program mereka, walau pun pemimpin mereka mengetahui sebab yang sebenarnya.
Artikel dipetik dari blog Tan Sri Sanusi Junid
No comments:
Post a Comment