Sunday, April 21, 2013

Analisa #PRU13 : @Barisanasional Ikrar Untuk Terus Bela Nasib Ibu Tunggal #BetterNation #GE13


Kerajaan BN terus membela nasib 900,000 ibu tunggal di seluruh negara melalui pelbagai bantuan dan sistem sokongan untuk mengurangkan beban kehidupan yang di tanggung.

Antara bantuan yang diberikan termasuk kad diskaun pengguna yang boleh meringankan beban sara hidup.

Selain itu, khidmat guaman percuma, skim insurans berkelompok dan juga kemudahan di bawah Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) ditawarkan kepada ibu-ibu tunggal di seluruh negara.




@Barisanasional (BN) membela nasib 831,860 ibu tunggal seluruh negara dengan menganugerahkan mereka Kad Diskaun Pengguna bagi meringankan beban sara hidup. 

Kad itu membolehkan mereka membeli barangan pada harga lima hingga 50 peratus lebih rendah di kedai terpilih di seluruh negara bertujuan membantu mereka membiayai perbelanjaan harian. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan BN juga sedia menimbangkan cadangan menyediakan skim insurans berkelompok bagi memastikan ibu tunggal dilindungi insurans untuk kematian akibat kemalangan bernilai RM10,000 manakala khairat kematian (RM1,000) dan kecacatan kekal akibat kemalangan (RM10,000). 

Khidmat guaman percuma

Beliau turut mengumumkan khidmat guaman percuma kepada ibu tunggal bagi kes perceraian dan tuntutan nafkah di Mahkamah Syariah melalui perkhidmatan Yayasan Majlis Bantuan Guaman Malaysia.

Katanya, langkah itu membuktikan Kerajaan BN amat prihatin terhadap nasib ibu tunggal seluruh negara yang diyakini tetap setia menyokong BN meskipun cuba dipengaruhi pembangkang melalui pelbagai dakyah. 

“Kita perlu lakukan apa yang termampu supaya ibu tunggal tidak terpinggir dalam arus transformasi negara. Saya percaya ibu tunggal tidak mahu semata-mata belas kasihan,” katanya. 
Najib berucap melancarkan Jaringan Wanita Ibu Tunggal Malaysia (JUWITA) yang dihadiri kira-kira 13,000 ibu tunggal di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini semalam.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Malaysia, Datuk Melati Ali.

JUWITA berfungsi sebagai sekretariat atau payung bagi pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan hal ehwal ibu tunggal bagi membantu memelihara kebajikan mereka.

Bantuan di bawah AIM

Najib berkata, usaha membantu ibu tunggal sudah digerakkan dari peringkat daerah hingga negara, termasuk menyediakan bantuan perniagaan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Dengan mengambil contoh seorang ibu tunggal yang memulakan perniagaan menjual ayam di depan rumah melalui pinjaman mikro kredit AIM, Najib berkata, sekarang wanita terbabit sudah mampu memiliki beberapa kereta mewah dan rumah besar.

Bagi memastikan ibu tunggal terus dibantu, katanya, mereka harus membantu kemenangan BN pada hari mengundi 5 Mei ini.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan aplikasi telefon pintar Sohonista, iaitu sekretariat penggerak usahawan wanita melalui dalam talian.

Sementara itu, Shahrizat menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana setuju meluluskan pemberian kad diskaun 1Malaysia, serta mempertimbangkan penawaran skim insurans bagi ibu tunggal yang berdaftar dengan JUWITA.

No comments:

Post a Comment