Nampaknya perjalanan Mat Taib untuk ‘bertaubat’ dengan masuk PAS tidak semudah yang disangka. Walaupun PAS menerimanya dengan tangan terbuka dan tepuk sorai gembira tetapi kemasukannya telah dipandang sinis oleh Ketua Pembangkang sendiri serta dipersoal pula oleh Karpal Singh, sebagai mewakili DAP.
Menurut Karpal bekas Menteri Besar Selangor itu tidak layak menyertai Pas apatah lagi bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana mempunyai rekod yang buruk. Beliau juga menempelak Mat Taib sebagai tidak ikhlas menyertai PAS iaitu kerana tidak mendapat apa yang diidam.
Anwar pula dalam satu ceramahnya di Felda Lepar Hilir 1 semalam, berkata beliau antara yang meminta Mat Taib meletakkan jawatan di dalam UMNO dulu kerana tidak bersih. Namun, pantas berhenti setakat itu apabila hadirin mengingatkan beliau yang Mat Taib sudah masuk PAS.
Walau apapun, Mat Taib bertuah kerana PAS menerimanya dan kini terpaksa membelanya.
Kita pasti PAS lebih tahu bahawa orang seperti Mat Taib sebenarnya berada di tempat yang sewajarnya iaitu di dalam PAS dan PR.
Ini kerana, jika PR perlu menolak Mat Taib, maka PR perlu terlebih dahulu menolak Kadir Sheikh Fadzir, malah Anwar Ibrahim juga iaitu dua personaliti yang telah diketahui umum sebagai antara yang paling korup dalam sejarah politik Malaysia. Malah, Anwar sendiri mempunyai gelaran khas iaitu ‘Bapa Politik Wang’ di dalam UMNO.
Anwar dipecat dari UMNO juga kerana skandal liwat dan rasuah. Mungkin Karpal Singh lupa yang beliau sendiri pernah menyuruh Anwar bertaubat. Dan sehingga kini Anwar belum bertaubat kerana belum masuk PAS. Tetapi, kenapa Karpal tetap sedia menjulang atau lebih tepat ‘memijak’ Anwar sebagai bakal Perdana Menterinya?
Kerana itulah PAS tidak kisah menerima Mat Taib kerana Mat Taib hanyalah setaraf amatur sahaja dari segi skandal jika dibandingkan dengan bakal Perdana Menteri PR itu. Lagipun, PAS mampu menyucikan sesiapa sahaja yang masuk ke parti itu sehingga cuci dan bersih seputih spender Mustafa Ali.
Setelah berada di dalam PAS pula, mereka boleh melakukan apa saja dan tetap akan dianggap bersih dan suci…selagi tidak menyinggung DAP. Jika ini berlaku, maka mereka automatik menjadi hitam dan kotor lalu terpaksa disepak keluar seperti Hasan Ali.
Dari satu sudut, kita melihat tindakan Karpal dan Anwar memperlekeh Mat Taib sebenarnya samalah dengan memperlekeh PAS. Di masa yang sama, tindakan PAS menerima Mat Taib pula samalah seperti menyindir Anwar.
Sesungguhnya, PAS, PKR, DAP, Anwar, Karpal dan Mat Taib tidak wajar mempersoalkan sesama sendiri dan wajib menerima hakikat bahawa mereka adalah satu entiti. Bagaikan anggota badan yang jika dicubit sebelah kanan, kiri tetap terasa. Atau, jika tangan kirinya penuh kurap, maka seluruh anggota juga terpaksa menanggung kegatalannya. Jika kaki kiri buruk, maka seluruh anggota akan berjalan senget juga.
Apatah lagi jika kepalanya yang buruk, reput dan berulat, maka seluruh anggota juga tentulah tidak boleh dipakai lagi dan wajar dibuang saja ke dalam tong sampah. Dan bukankah itu gunanya PR? Iaitu sebagai tong sampah UMNO?
No comments:
Post a Comment