KL CHRONICLE: JOM LIHAT VIDEO TRAGEDI #MEMALI YANG TIDAK PERNAH DITAYANGKAN SEBELUM INI #1Malaysia #TolakPR #GE13

Thursday, March 28, 2013

JOM LIHAT VIDEO TRAGEDI #MEMALI YANG TIDAK PERNAH DITAYANGKAN SEBELUM INI #1Malaysia #TolakPR #GE13



Video diatas tidak pernah ditayangkan sebelum ini. Tetapi, disebabkan terlalu banyak fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) terdapat beberapa fakta yang harus diperbetulkan. Antara fakta yang boleh diambil dari video ini ialah : 

1. PAS menjadikan wanita & kanak - kanak yang masih kecil sebagai perisai bahagian hadapan untuk berdepan dengan pihak berkuasa tetapi yang lelaki seperti Ustaz Ibrahim Libya bersembunyi.  Ini dengan terang menyonsang dari prinsip peperangan dalam islam dimana sepatutnya lelaki di hadapan.


2. Jelas dalam video polis bertindak tenang untuk menyuraikan orang kampung, tetapi mereka yang mula bertindak aggresif dan menyerang Polis sehingga ada anggota polis yang terbunuh. 

3. Video juga menunjukkan keadaan dalam madrasah Ibrahim Libya - dimana pengaruh PAS, syiah di Iran & muammar ghadafi dari libya menjadi dorongan dan penunjuk. 

AMANAT HAJI HADI MENJADI SUMBER RUJUKAN PERJUANGAN MEREKA.

4. Temubual dengan bapa Ibrahim Libya: Dimana bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana Ibrahim tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang bakal terjadi. Bagaimana Ibrahim Libya yang konon nya Ustaz dan alim ulamak boleh ingkar arahan seorang ayah yang hanya mahukan keamanan ?

Video juga menunjukkan Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, terutamanya ahli PAS dari Alor Setar yang bernama Mat Hassan. Mat Hassan lah yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. 

Oleh sebab itu Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget