KL CHRONICLE: WONG TACK NAK BAKAR LYNAS PULAK DAH..DAH GILA AGAK NYA.. #TolakPR

Tuesday, February 5, 2013

WONG TACK NAK BAKAR LYNAS PULAK DAH..DAH GILA AGAK NYA.. #TolakPR


Kumpulan aktivis alam sekitar Himpunan Hijau mengancam untuk membakar loji nadir bumi kontroversi Lynas Corps jika kerajaan baru yang dipilih gagal untuk menutupnya selepas Pilihan Raya 2013, kata pengerusi Wong Tack hari ini.
Wong hari ini memberitahu The Malaysian Insider kumpulan anti-Lynas akan membakar loji pemprosesan tersebut dengan rasa “marah dan kecewa” jika kerajaan pemerintah Barisan Nasional (BN) masih kekal berkuasa.
Beliau berkata amaran tersebut juga terpakai jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya memperoleh kuasa tetapi gagal untuk memenuhi janji mereka untuk menutup loji Lynas tersebut.
“Jika Pakatan ditampuk kuasa dan masih enggan untuk menutup kilang, mereka (rakyat) akan menjadi lebih kecewa dan marah ... Pegangan kami adalah kami akan merancang satu lagi pemberontakan, menjatuhkan Pakatan Rakyat dan membakar kilang,” katanya.
Beliau menyatakan Himpunan Hijau kini memberi sokongan kepada pembangkang kerana janji mereka untuk menutup operasi Lynas dan perlombongan emas Bukit Koman yang melibatkan penggunaan sianida.
Malahan, beliau memberi amaran kepada PR dengan berkata: “Kami percaya bahawa kuasa politik yang diberikan oleh rakyat. Kami membawa anda sehingga berkuasa, kami juga boleh menjatuhkan kuasa anda.
Wong juga berkata bahawa tidak ada alternatif lain jika permintaan kumpulan tersebut untuk menutup perniagaan loji Lynas tidak dipenuhi selepas pilihan raya.
“Tiada pilihan lain. Mengapa saya beralih kepada keganasan? Saya sudah beri peluang berunding secara aman,” kata beliau sambil menambah kumpulan diketuainya konsisten menggunakan kaedah aman.
Apabila menegaskan bahawa ancaman membakar mungkin jenayah dan menyalahi undang-undang, Wong mendakwa bahawa “individu memegang kuasa yang melanggar undang-undang”.
“Pada ketika ini, orang yang berkuasa melanggar undang-undang dan membenarkan kemusnahan di dalam negara ini. Siapa sebenarnya melanggar undang-undang?” soal beliau.
Wong juga ditanya mengenai tindakan mahkamah atau mungkin berhadapan dengan tindakan pihak berkuasa jika berhasrat meneruskan rancangan tersebut.
“Kami bersedia untuk menghadapinya,” kata Wong sambil menambah dengan berkata “kalau perlu ke penjara dan perlu mengorbankan kebebasan, maka biarkan ia berlaku.”
Beliau seolah-olah tidak gentar dengan tindakan kerajaan yang mungkin mengambil langkah untuk mengharamkan Himpunan Hijau.
“Kami tidak pernah meminta kerajaan untuk merestui pergerakan kami”, katanya lagi sambil menambah bahawa ia adalah satu terjemahan “kuasa rakyat”.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget