KL CHRONICLE: [TERKIN] KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD

Saturday, January 26, 2013

[TERKIN] KENYATAAN AKHBAR KEM DALAM NEGERI - AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE LINK/LINX SDN BHD



 
KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
mengenai
AKTIVITI PENDAFTARAN WARGA ASING OLEH SYARIKAT PARADISE
LINK/LINX SDN BHD
25 JANUARI 2013


1.    Kementerian Dalam Negeri tidak pernah melantik Syarikat Paradise Link/Linx Sdn Bhd atau mana-mana syarikat untuk menguruskan Proses Pendaftaran PATI/ Program Khidmat Imigran. Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah urusan syarikat itu sendiri dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Kementerian ini. Dengan itu, pihak majikan dan orang awam adalah diminta supaya tidak terpedaya dan tidak berurusan dengan syarikat tersebut.

2.     Pihak Kementerian memandang serius akan perkara ini dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menggunakan nama Kementerian untuk mengutip duit daripada orang ramai. Pihak majikan dan orang ramai diseru supaya tampil ke Kementerian dengan bukti-bukti atau membuat laporan polis sekiranya ada syarikat-syarikat yang menawarkan perkhidmatan sedemikian.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget