KL CHRONICLE: [PRINT SCREEN] TERIMA KASIH @mpkotabelud DAN @MasidiM KERANA MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG PANULANGON Cc @NajibRazak

Thursday, January 24, 2013

[PRINT SCREEN] TERIMA KASIH @mpkotabelud DAN @MasidiM KERANA MEMBANTU PENDUDUK KAMPUNG PANULANGON Cc @NajibRazak


Petang tadi penulis terlihat pada muka depan akhbar tempatan Sabah "Daily Express" ada satu artikel yang menarik dimana ada keluhan daripada penduduk Kampung Panulangon yang ingin kerajaan "relocate" mereka ke sebuah tempat baru yang lebih baik taraf hidup dengan bantuan asas seperti air, elektrik dan sebagainya dapat diperolehi dengan mudah. 

Berpendapat penulis dapat membantu mereka, penulis panjangkan isu ini kepada Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan alhamdulillah beliau sudi memanjangkan perkara ini kepada the relevant authority. Lihat gambar dibawah:


Setelah penulis memberi penjelasan, perkara ini telah sampai ke pengetahuan YB Datuk Masidi Manjun yang berjanji akan mengambil tindakan sewajarnya. Lihat gambar dibawah:


Alhamdulillah, tidak sampai 24 jam berita ini di akhbar, kerajaan Barisan Nasional Sabah akan mengambil tindakan sewajarnya. Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua pemimpin ini kerana prihatin dan sudi mendengar masalah rakyat. 

Seperti janji Perdana Menteri, rakyat harus didahulukan dalam setiap perkara dan kedua YB dari Sabah ini telah mencerminkan perkara sebenar. 

Semoga penduduk kampung Panulangon, Ranau dapat meneruskan kehidupan mereka dengan lebih senang pada masa akan datang. 

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget