KL CHRONICLE: LAJIM UKIN SAH BAKAL T.P.M JIKA PAKATAN MENANG PRU - 13

Wednesday, October 31, 2012

LAJIM UKIN SAH BAKAL T.P.M JIKA PAKATAN MENANG PRU - 13

Baru saja Pakatan Rakyat meraikan 'kemenangan' mereka memancing atau mungkin juga 'membeli' pemimpin veteran Sabah, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin, tetapi kini parti itu sudah mula pening dengan personaliti tersebut.

Lajim Ukin, telah membuat keputusan untuk menyertai pembangkang atas alasan UMNO Sabah sudah dikuasai oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Musa Aman yang didakwanya memonopoli kuasa sehingga tidak boleh ditegur serta menyukarkan wakil rakyat untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebenarnya, jawapan ini adalah jawapan 'standard' yang telah dijangka dari mana-mana ahli politik yang memilih untuk berpaling tadah secara tiba-tiba. Di mana, secara tiba-tiba juga masalah rakyat menjadi masalah utama mereka walaupun selama ini tidak pernah menjadi masalah langsung

Sama seperti bagaimana Anwar tiba-tiba melihat kepincangan sistem kehakiman, dasar-dasar kerajaan, malah PTPTN apabila berada di luar kerajaan sedangkan sebelum ini beliau turut terlibat dalam membentuk dan melaksanakan kesemua dasar-dasar dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Lajim Ukin adalah orang lama di dalam politik. Sebagaimana lazimnya, orang lama pastinya berharga dan barangan berharga tidak boleh diletakkan sewenang-wenangnya di mana-mana saja. Ia perlu diletakkan di tempat yang sesuai dengan harganya.

Lajim Ukin melihat dirinya setanding dengan Ketua Menteri. Iaitu tarafnya adalah taraf Ketua Menteri Sabah. Tindakannya keluar BN juga adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.

Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri. Namun, malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba 'tawar-menawar' harga dirinya untuk dijual beli.

Justeru, Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR.

Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang 'standard' juga kepadanya. Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar, walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget