KL CHRONICLE: @mediaumno : DONG ZONG, APA LAGI YANG ANDA MAHU?

Friday, September 28, 2012

@mediaumno : DONG ZONG, APA LAGI YANG ANDA MAHU?

Semalam pihak Dong Zong telah berjumpa DS Nazri Aziz di Parlimen. Ketika perjumpaan tersebut pihak Dong Zong telah menyerahkan memorandum tuntutan baru persatuan Cina ini kepada kerajaan. Antara tuntutan Dong Zong adalah untuk mendesak kerajaan meluluskan sekolah menengah Cina swasta cawangan Segamat. 

Sebelum itu, kerajaan telah mendengar permohonan Dong Zong dan telah meluluskan pembinaan sekolah menengah Cina swasta dan sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan Pahang. Nampak gaya Dong Zong ni selepas satu kerajaan luluskan, makin banyak pula permintaan mereka. Tetapi its ok, bagi saya kerajaan harus mendengar masalah rakyat dan DS Najib telah buktikan sesungguhnya kerajaan memang prihatin dengan masalah masyarakat orang Cina. 

Tetapi yang sedihnya, masyarakat Cina hari ini masih belum kembali memilih kerajaan Barisan Nasional. Reason mengapa ini terjadi saya pasti ramai rakan - rakan melayu sini tahu mengapa, cuma untuk bercerita secara terbuka mungkin kita berasa kurang selesa dan takut dilabel sebagai "racist". 

Hakikatnya, kos yang dikeluarkan kerajaan bukan sedikit untuk sekolah Cina Sejumlah RM1 8 bilion diperuntukkan kerajaan Pusat setiap tahun untuk membayar gaji guru-guru dan operasi mengurus di SJKC seluruh negara.

Dalam Bajet 2012 sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperuntukkan tambahan RM100 juta khas untuk penyelenggaraan SJKC dan pembinaan SJKC baru Ketika ini terdapat 1 294 buah SJKC di seluruh negara termasuklah sekolah SJKC baru dibina.

Buat masa ini sekolah-sekolah SJKC juga dalam pembinaan di kawasan padat penduduk kaum Cina Malah kerajaan mempunyai perancangan untuk membina sekolah-sekolah ini termasuklah di Puchong Serdang Kuala Lumpur dan Johor Daripada jumlah 1 294 sekolah sebanyak 455 adalah sekolah kurang murid kurang 150 murid.

Dengan segala usaha kerajaan untuk memikat hati masyarakat Cina ini, momentum masyarakat Cina adalah masih menyokong DAP dan perdana menteri harus sedar akan perkara ini. Is it worth it giving in so much when you are getting nothing back in return? 

Tetapi itulah perdana menteri, yang mengamalkan dasar 1Malaysia dimana rakyat didahulukan. Walaupun PM dibodohkan oleh masyarakat Cina negara ini, beliau tetap memberi kerjasama dan keyakinan kepada masyarakat Cina bahawa they will always be taken care off and for that i respect DS Najib Tun Razak. 

Tetapi pada PRU  - 13, saya pasti MCA akan tetap tewas dikawasan yang mereka akan bertanding melawan DAP, seperti di Seputeh dan sebagainya. Tapi nak buat macam mana, the chinese are the kingmakers in this country, and the Malay's macam biasalah gaduh sesama sendiri. 

Apa pendapat pembaca?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget