Kira-kira 37,000 sukarelawan dari pelbagai kementerian, agensi dan pertubuhan di jangka akan berhimpun di Esplanade Kuala Lumpur City Centre ( KLCC) bagi menyaksikan upacara Pelancaran" 1 Malaysia For Youth (1M4U) oleh Perdana Menteri pada 15 Julai ini.
Majlis anjuran bersama Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menjadi satu sejarah negara apabila sukarelawan dari pelbagai sektor berhimpun dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan yang diaturkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Kelang.Pada sebelah paginya, sukarelawan-sukarelawan itu akan dibahagikan kepada 16 kumpulan untuk menjalankan aktiviti khidmat masyarakat seperti gotong royong perdana, derma darah, kempen pencegahan dadah, kempen cintai sungai kita, kempen membasmi denggi, khidmat kebajikan haiwan, membina jambatan, program bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) dan anak-anak yatim, pemeriksaan kesihatan, sumbangan barangan terpakai dan beberapa aktiviti lain yang membolehkan penyertaan penduduk setempat dengan anggota-anggota sukarelawan ini.
Penganjur menyediakan enam pentas hiburan di sekitar esplanade dengan pelbagai genre. Pentas yang bakal menjadi tumpuan ialah pentas satu yang menyajikan persembahan dari peserta-peserta Maharaja Lawak seperti kumpulan Jozan, Osbon, Shiro, Ebby Yus dan Kecik. Pentas selebriti menampilkan artis-artis tempatan seperti Stacy, Cystal, Adira, Hafiz. Pentas – pentas lain dengan persembahan tarian tradisonal, boria, street magic dan muzik hip hop.Perdana Menteri dijangka akan menanam pokok sempena kempen Go Green sewaktu ketibaan sebelum singgah di gerai pameran dan bertemu dengan dua kumpulan sukarelawan. Kehadiran Perdana Menteri juga akan disambut oleh tarian Flashmob oleh lebih 3,000 sukarelawan.
Orang ramai dipelawa untuk bersama-sama menyaksikan majlis bersejarah ini disamping menyemarakkan usaha mewujudkan Gelombang Kesukarelawanan di kalangan rakyat Malaysia.
Disunting : Idris bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat)
Kempen kutip sampah disimpang-simpang jslan patut juga diadakan
ReplyDelete