Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.
Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.
Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.
Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.
Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.
Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.
Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.
Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.
No comments:
Post a Comment