KL CHRONICLE: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT Cc @mediaumno

Thursday, June 21, 2012

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT Cc @mediaumno

Dalam membuat penilaian mengenai sesuatu perkara, kita biasanya banyak bergantung kepada mereka yang pakar mengenai perkara terlibat.

Bagi Awang projek Lynas di Pahang perlu melalui proses tersebut setelah banyak pihak dilihat memanipulasinya untuk kepentingan sendiri.

Pembangkang sejak awal menggunakan isu Lynas untuk menakutkan rakyat kononnya ia mendatangkan pencemaran radioaktif, yang Awang percaya masih ramai tidak begitu arif akan bidang tersebut.

Kita boleh nampak kesempatan itu digunakan sebaik mungkin untuk meraih pengaruh oleh pembangkang, apatah lagi Pilihan Raya Umum ke-13 akan tiba tidak lama lagi, sehinggakan pandangan pakar nuklear yang paling relevan dalam isu ini tenggelam dalam pandangan pemimpin pembangkang yang bukan pakar dalam hal tersebut.

Kerakusan memanipulasi isu tersebut menjadikan pandangan mereka yang bukan pakar nuklear tetapi mempunyai platform mudah untuk menyebar luas pandangan mereka kepada awam, seolah-olah mempunyai kebenaran. Pada masa yang sama ia semacam menidakkan pandangan pakar yang rata-rata menyatakan Lynas tidak mendatangkan kesan yang bahaya kepada kesejahteraan manusia dan alam sekitar.

Dalam hal ini, Awang tabik kepada seorang pakar nuklear yang kebetulan Ahli Parlimen PAS iaitu Dr. Che Rosli Che Mat kerana mempertahankan pandangan profesionalnya dalam hal itu. Apakah mereka yang bukan pakar nuklear di kalangan pembangkang tidak malu kepada Dr. Che Rosli?

Awang — Bukan pakar. — Utusan Malaysia
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget