Dakwaan 1:
SPR
telah sengaja membetulkan sempadan kawasan pilihan raya DUN dan Parlimen tanpa
kelulusan Parlimen bertujuan meramaikan pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan
Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti
Dakwaan tersebut merupakan
suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa
perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN
atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba
masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan. SPR telah pun
mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan
bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya
selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara
tersebut apabila tiba masanya nanti.
1. Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.
SPR menyedari kedudukan
beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya
selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam
tahun 2004. Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan
kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah
pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti
berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti
yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang
dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis
sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Sebaliknya dengan
pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan
mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya
di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.
2. Selepas
tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara
rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti
politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan
parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah
Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan
kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing. Tetapi ramai
pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah
berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka
didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan
menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat
di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.
Justeru, SPR ingin
menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama
pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam
bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama
sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau
bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin
mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka
bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.
3 comments:
Pukimak penyokong aljubs tak nak komen pulak bila kena atas kepala dorang. Jawapn terang lagi bersuluh.
Jika sistem pilihanraya di Malaysia adalah betul, kenapa BN boleh menang 50.4% daripada kerusi Parlimen dengan hanya 18.9% daripada undi keseluruhan?
Post a Comment