“Saya anak AUKU, tiada masalah..."
Pakatan Rakyat sekali lagi dilihat menipu golongan mahasiswa di Malaysia. PR yang memberi jaminan untuk tidak menyokong AUKU malah memasukkan perkara ini di dalam buku Jingga, dilihat kini menyokong akta AUKU digunakan untuk menghukum 5 pelajar KUIN. Menurut Anwar Ibrahim, buku Jingga adalah manifesto atau perjanjian bersama antara parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) iaitu DAP, PKR dan PAS.
Jika betul Buku Jingga adalah persetujuan antara DAP, PKR dan PAS, mengapa Ustaz Azizan, Menteri Besar (MB) Kedah begitu komited untuk menghukum pelajar-pelajar KUIN. Menurut wawancara beliau dengan Malaysian Insider:
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
Ini menunjukkan buku Jingga hanya diikut oleh pemimpin Pakatan Rakyat bila ia menyenangkan mereka, tetapi bila dah terkena batang hidung sendiri, senang pulak xnak ikut. Lebih menarik, dalam kes mahkamah antara KUIN dan 5 Mahasiswa ini. Saya difahamkan difahamkan bahawa kerajaan negeri telah melantik peguam terkemuka negara, Karpal Singh, yang juga Pengerusi DAP dan pemimpin Pakatan Rakyat, mewakili KUIN sementara penasihat undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin, akan mewakili mahasiswa berkenaan.
Ini bererti, Karpal Singh sendiri menyokong Akta AUKU dikenakan terhadap pelajar-pelajar KUIN. Jadi mana satu betul ni, nak AUKU dimansuhkan tetapi Karpal Singh sendiri mempertahankan AUKU.
Ini menunjukkan PR sangat hipokrit, dalam isu yang mudah seperti AUKU pun tidak dapat menunjukkan persutujuan, apatah lagi berkaitan Negara Islam dan Hudud. Nasihat saya kepada Ustaz Azizan, berjaga-jagalah, jangan sebab terlalu berpendirian nanti dipecat pula oleh PAS.
No comments:
Post a Comment