KL CHRONICLE: Pemansuhan Sekolah-Sekolah di Malaysia

Saturday, July 17, 2010

Pemansuhan Sekolah-Sekolah di Malaysia

1. Sejak DS Najib Tun Razak (DS Najib) menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke-6, slogan 1Malaysia telah disebarkan ke seluruh pelusuk tanah air. Presiden UMNO ini berpendapat adalah penting untuk rakyat bersatu dibawah slogan 1Malaysia ini untuk sama-sama membawa negara maju ke hadapan dan menjadikan wawasan 2020 satu kenyataan. 


2. Setelah memerintah hampir 2 tahun, DS Najib juga telah menubuhkan klinik 1Malaysia untuk membantu pesakit-pesakit miskin dan kurang upaya untuk mendapatkan rawatan dengan kos yang murah. Ini menunjukkan kerajaan serius untuk membantu rakyat. Jika kita sudah mempunyai klinik 1Malaysia, penulis berpendapat adalah wajar kerajaan juga menubuhkan sekolah 1Malaysia untuk menerapkan rasa saling hormat-menghormati dikalangan kaum di negara ini. 

3. Perlu diakui, Malaysia kini sudah menjadi negara yang "racist" dimana sejak PRU-12, pihak pembangkang telah mempermainkan isu-isu perkauman untuk mendapatkan undi. Dimulakan dengan demonstrasi HINDRAF di Kuala Lumpur dan desakan DAP untuk smue kaum di Malaysia diberi layanan yang sama rata, rakyat kini sudah semakin tidak mempercayai dan menghormati antara satu sama lain. 

4. Oleh itu, untuk menyatukan semula rakyat negara ini, penulis berpendapat semua sekolah di Malaysia harus ditukar kepada konsep sekolah 1Malaysia. Ini bererti semua SJKC, SJKT, SJK dan sekolah wawasan dimansuhkan dan semua pelajar dimasukkan ke dalam 1 sekolah. Ini akan membantu kerajaan untuk memupuk semangat kesetiakawan dan saling mempercayai antara satu sama lain di kalangan penduduk di negara ini. 

5. Sebagai orang melayu, kita harus berfikiran terbuka dan yakin dengan kebolehan kita. Kita tidak perlu takut dengan berfikiran bahawa kita ini lemah dah tidak dapat bersaing dengan bangsa lain. Penulis percaya bangsa melayu sebenarnya kuat dan hebat, tetapi cuma takut untuk mencuba sesuatu yang baru. 

6. Persoalanya adakah orang-orang cina dan india juga sanggup berubah dan menerima hakikat bahawa sekolah-sekolah SJKC dan SJKT juga harus dimansuhkan untuk kebaikan bersama. Jika ketiga-tiga kaum di negara ini sanggup berubah, insyallah mungkin satu hari nanti slogan 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri akan menjadi kenyataan. 

Kabir Akram

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget