KL CHRONICLE: Calon BN Bagan Dalam Ikrar Teruskan Projek Khidmat Bakti Kepada Warga Tempatan #JomBN #BerikanSayaPeluang

Friday, May 4, 2018

Calon BN Bagan Dalam Ikrar Teruskan Projek Khidmat Bakti Kepada Warga Tempatan #JomBN #BerikanSayaPeluang



Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, J.Dhinagaran berpendapat sudah tiba masanya pengundi memberi peluang kepadanya berbakti sebagai anak jati di kawasan itu.



“Saya anak jati Bagan, bukannya sekadar politik. Saya tidak ambil peduli tentang pembangkang serta tindak tanduk mereka.

“Saya sudah melakukan apa yang terdaya selama ini untuk masyarakat setempat di Bagan Dalam. Biar mereka mengadilinya pada PRU nanti,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Bagan baru-baru ini.

Dinagaran memberitahu, beliau bersedia menzahirkan perkhidmatannya tanpa memilih warna bulu dan bangsa sekiranya memenangi DUN Bagan Dalam pada PRU-14.

“DAP sudah diberi peluang selama 10 tahun, kali ini berilah peluang untuk saya berkhidmat selama lima tahun akan datang, apa salahnya,” tegasnya lagi.

Sumber : http://riziqin.blogspot.my/2018/05/calon-bn-bagan-dalam-ikrar-teruskan.html#more

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget