KL CHRONICLE: Rakyat Terengganu bakal terima MyBAS, satu lagi kejayaan transformasi SPAD #Negaraku #TN50 #kltu #jbtu

Sunday, January 21, 2018

Rakyat Terengganu bakal terima MyBAS, satu lagi kejayaan transformasi SPAD #Negaraku #TN50 #kltu #jbtu


Syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kerana terus komited dalam memastikan program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST) yang dilancarkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terus dilaksanakan dengan jayanya. Baru - baru ini, telah diumumkan bahawa Terengganu menjadi negeri pertama di Malaysia memperoleh perkhidmatan myBas elektrik.




Memetik kata - kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman:
Terengganu akan memperoleh 30 bas termasuk sembilan bas elektrik untuk beroperasi di tujuh laluan utama membabitkan jarak keseluruhan 235.9 kilometer.
Katanya, untuk fasa pertama sebanyak empat bas elektrik akan diperkenalkan, membabitkan beberapa laluan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.
Bagi kami di #KLChronicle, langkah SPAD meneruskan program SBST di Terengganu merupakan satu perkara yang patut dibanggakan. Umum ketahui bahawa pengangkutan awam darat di Terengganu masih jauh ketinggalan berbanding Lembah Klang dan langkah SPAD memperkenalkan hampir 30 MyBAS sudah semestinya akan membantu kerajaan negeri Terengganu.

Selain itu, usaha yang diambil ini sudah semestinya meningkatkan kualiti hidup masyarakat Terengganu dan sedikit sebanyak mengurangkan kos sara hidup mereka. Jika dahulu mungkin warga Terengganu perlu menggunakan perkhidmatan teksi yang tidak bermeter, kali ini mereka dapat menggunakan perkhidmatan MyBAS yang lebih murah, bersih dan efisien.

Memetik kata - kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Hajah Nancy Shukri ;
“Atas inisiatif kerajaan, rakyat Terengganu bukan sahaja dapat menikmati kadar tambang yang berpatutan iaitu serendah 90 sen hingga RM2.50, malah pada masa sama turut menikmati perkhidmatan bas selesa, bercirikan moden serta mesra alam. Diskaun sebanyak 50% juga diberikan kepada pelajar sekolah, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas,”
Akhir sekali, bagi kami di #KLChronicle, usaha yang diambil oleh SPAD ini membuktikan komitmen kerajaan BN dalam memastikan Transformasi Pengangkutan Awam Darat negara diteruskan demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara. Namun sehingga hari ini, pihak pembangkang yang konon-nya hendak menjadi kerajaan masih gagal mengemukakan satu plan transformasi pengangkutan awam seperti yang dilakukan kerajaan BN.

Adakah pakatan yang gagal seperti ini kita mahukan sebagai kerajaan? Renungkanlah..

3 comments:

Anonymous said...

SELANGOR DAH ADA BAS ELEKTRIK DAAA....DAH EEV LAMA DAHHHH....HAHAHA

Anonymous said...

Tahniah

Esa Adam said...

Mana dia bas 2 alam yang dibeli dari Malta tu. Rakyat tertunggu-Tunggu.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget