KL CHRONICLE: Dyana Sofia bodoh, beri hujah politik dangkal #Negaraku #Malaysia #YP

Tuesday, October 10, 2017

Dyana Sofia bodoh, beri hujah politik dangkal #Negaraku #Malaysia #YP

Dyana dan sahabat baik beliau Zairil Khir Johari
Sebentar tadi, Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofia yang juga merupakan sahabat "baik" Zairil Khir Johari telah bersikap "defensif" apabila Ahli Parlimen Ketereh merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Annuar Musa (TSAM) mengatakan bahawa DAP mempergunakan wanita muda Melayu seperti Dyana Sofia semata - mata untuk publisiti sedangkan Dyana langsung tidak mempunyai kelayakan. 


Bagi kami di #KLChronicle, Dyana Sofia tidak perlu cuba bersikap defensif dan cuba "spin" kenyataan yang dikeluarkan oleh TSAM. Lebih melucukan lagi, Dyana Sofya cuba memberikan justifikasi penyertaan beliau kedalam DAP dengan mengatakan bahawa:

Wanita muda dalam DAP sebenarnya cukup bijak untuk tidak menyokong mahupun membela kleptokrat, ketua penyamun dan ketua perompak 1MDB mahupun MARA.
Bagi kami, kenyataan diatas membuktikan betapa cetek dan dangkal pemikiran Dyana Sofya yang merasakan diri beliau hebat dan pandai kerana memiliki ijazah Sarjana dari School of Oriental and African Studies, University of London dan ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM.

Pertama sekali,umum ketahui bahawa Dyana Sofia mengikut rentak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dengan cuba melabel Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai seorang "kleptokrat, penyamun dan perompak" 1MDB. 

Sedap minum jus Anggur?
Namun Dyana barangkali lupa bahawa 1MDB sudah disiasat hampir 8 negara dari pelbagai agensi dan tiada satu pun yang mendakwa Perdana Mentei. Lebih hebat lagi ahli PAC dari DAP Dr. Tan Seng Giaw juga mengatakan PM Najib Razak tidak terlibat dalam 1MDB. Jadi apa benda yang Dyana mengarut, mabuk kah?

Kedua, isu kes MARA Dyana Sofia nampaknya cuba memberi persepsi yang buruk terhadap TSAM. Namun Dyana Sofia juga perlu jujur dengan diri beliau sendiri sehingga hari ini TSAM langsung tidak ditangkap atau pun di reman oleh pihak SPRM. Ini berbeza dengan Setiausaha Agung DAP yang sudah didakwa di mahkamah atas salah guna kuasa. Jadi siapa yang perompak dan penyamun sebenarnya?

Nasihat kami kepada Dyana Sofya, kami tahu PRU sudah semakin hampir dan anda perlu dilihat mempertahankan dinasti Lim supaya menjadi calon pada PRU yang akan datang,.tetapi jangan lah mengeluarkan kenyataan yang kurang cerdik sebegini kerana ianya juga memalukan kami sebagai bekas pelajar UiTM. 

Susah - susah kerajaan UMNO Barisan Nasional membina UiTM anda pula menjadi pemakan dedak kepada Cina DAP. Syabas!

1 comment:

Unknown said...

Darah DAP dah masuk dlm badan melalui Zairil..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget