KL CHRONICLE: Penipuan @RafiziRamli dibongkar,malu lah pemimpin PKR kaki kelentong! #Negaraku #Malaysia

Saturday, September 9, 2017

Penipuan @RafiziRamli dibongkar,malu lah pemimpin PKR kaki kelentong! #Negaraku #Malaysia


Rafizi Ramli BELUM SERIK MENIPU ORANG RAMAI, FELDA SASARAN TERBARU

Dah kali ke berapa dikantoikan menipu orang dengan menggunakan angka yang salah, merekayasa angka-angka yang tidak wujud, memanipulasi fakta dengan memberi gambaran buruk berkaitan kerajaan untuk menakutkan orang ramai kali ini Rafizi Ramli kembali kepada FELDA.



Saya faham musim pilihanraya dah dekat, undi peneroka FELDA sangat penting untuk pembangkang kalau mereka mimpi nak menang, tapi janganlah menipu bulat-bulat.


Analisa Rafizi Ramli kali ini berkisar tentang hutang FELDA yang dikatakan mencecah RM12 billion. Dalam masa yang sama beliau menuduh FELDA masih belum membentangkan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2015 dan 2016 di parlimen. Betul penyata kewangan tahun 2016 belum diterbitkan, kerana kebiasaannya penyata kewangan FELDA lewat sedikit setahun lebih.

TETAPI, Penyata Kewangan FELDA yang telah diaudit bagi tahun 2015 telah pun diterbitkan dan saya percaya sudah dibentangkan di parlimen pada April yang lalu.


Penyata Kewangan FELDA 2015 boleh didapati di laman web parlimen sendiri di: http://portal.parlimen.gov.my/ipms/modules/risalat/res/risalat/2017/Laporan%20Tahunan%20dan%20Penyata%20Kewangan%20Lembaga%20Kemajuan%20Tanah%20Persekutuan%20(FELDA)%20%20%20Bagi%20Tahun%202015.pdf

Kalau saya sebagai orang awam boleh jumpa Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan FELDA, macam mana seorang ahli parlimen macam Rafizi Ramli boleh tak jumpa? Selalu ponteng sidang parlimen atau staf INVOKE Malaysia tak buat kerja?

Sudahlah tak jumpa kemudian difitnahnya kerajaan dan FELDA macam-macam untuk menakut-nakutkan peneroka. Kononnya analisa dia menjadi rujukan para peneroka FELDA selagi kerajaan tidak terbitkan Penyata Kewangan FELDA bagi tahun 2015 dan 2016.

Saya bagi masa untuk Rafizi Ramli baca Penyata Kewangan FELDA 2015 dan buat analisa separuh masak yang baru. Esok saya akan jawab berkenaan hutang FELDA yang kononnya sudah mencecah RM12 billion seperti diunjurkan di dalam analisis songsang beliau.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget