KL CHRONICLE: Bayar pelobi, Mahathir sekali lagi jawab "tidak tahu" tapi akhirnya kantoi menipu #Negaraku #Malaysia #YP

Thursday, September 21, 2017

Bayar pelobi, Mahathir sekali lagi jawab "tidak tahu" tapi akhirnya kantoi menipu #Negaraku #Malaysia #YP



1. Alahai, sebentar tadi Top Dog Pakatan Harapan Dr. Mahathir Mohamad mengeluarkan satu kenyataan kepada media mengatakan bahawa beliau "Tidak Tahu" bahawa perjumpaan beliau dengan Presiden Amerika Syarikat George W. Bush telah dibayar oleh kerajaan Malaysia melalui seorang pelobi warga Amerika bernama Jack Abramoff.


2. Mengesyaki bahawa Dr. Mahathir sekali lagi cuba menipu rakyat Malaysia, kami di *#KLChronicle* telah mengambil keputusan untuk melakukan sedikit kajian dan akhirnya terbukti bahawa *Dr. Mahathir sememangya tahu bahawa perjumpaan beliau dengan George W. Bush telah dibayar sebanyak USD 1. 2 Juta (RM 6 juta)*. 

3. Memetik kenyataan beliau didalam akhbar The Star pada Tahun 2006: 

_Dr Mahathir said in the United States, the practice to see a leader was to go through a lobbyist, who had to be paid._

_“I did not touch the money. But, I think somebody paid. That is their practice,” he said. “That is their system. It is not corruption at all. It is very open.”_

Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2006/02/21/fee-paid-to-meet-bush/#txrPdBLuqRo4OveG.99

4. Ini dengan jelas membuktikan bahawa Dr. Mahathir tahu bahawa perjumpaan beliau dengan George W. Bush dibayar. Jadi apa yang duk merapu sekarang kata tak tahu pulak?

3 comments:

Anonymous said...

Sah, kedutaan Malaysia bayar RM4.4 juta untuk bertemu Bush

26 Jun 2006, 4:32 petang (Dikemaskini 29 Jan 2008, 6:21 petang)

 

Sah, pejabat kedutaan Malaysia di Washington ada membayar AS$1.2 juta (RM4.4 juta) kepada pelobi, Jack Abramoff untuk mengatur pertemuan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan Presiden George W. Bush pada tahun 2002.

Pengesahan bayaran tersebut dinyatakan dalam laporan akhir Jawatankuasa Senat mengenai Hal Ehwal Pribumi Amerika yang dikeluarkan minggu lalu.

Jack Abramoff adalah pelobi yang telah dihukum penjara lima tahun 10 bulan oleh mahkamah Amerika pada Mac setelah didapati bersalah menipu masyarakat Indian (pribumi Amerika) dalam beberapa projek pembinaan tempat perjudian.

Laporan tersebut diumumkan setelah sisatan selama dua tahun membabitkan penglibatan Abramoff dalam menawarkan 'khidmat perunding' kepada masyarakat Indian dalam beberapa projek ekonomi.

Walaupuh jawatankuasa tersebut menumpukan perhatian kepada aktiviti Abramoff dengan masyarakat Indian, namun turut disertakan dalam lampiran laporan itu ialah beberapa dokumen melibatkan hubungan pelobi itu dengan kerajaan Malaysia.

Dipercayai, bayaran kepada Abramoff yang dibuat menerusi sebuah institusi yang dipanggil 'American International Centre' (AIC) adalah untuk khidmat mengatur pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush pada tahun 2002.

"Berdasarkan dokumen dan rekod kewangan yang ada dalam simpanan jawatankuasa itu, kedutaan Malaysia membuat empat bayaran - AS$300,000 setiap satu pada 29 Jun 2001, 5 Oktober 2001, 3 Januari 2002 dan 13 Mac 2002," kata laporan berkenaan.

Malaysiakini sebelum ini telah melaporkan jawatankuasa berkenaan telah menjumpai satu invois dari AIC bernilai AS$300,000 bertarikh 15 Jun 2001 yang dialamatkan kepada Dr Fauziah Mohamad Taib, yang merupakan timbalan ketua perwakilan Kedutaan Malaysia di Washington.

Menurut butir-butir pada invois itu, bayaran berkenaan adalah untuk 'perkhidmatan' sepanjang dua bulan dari 19 Jun hingga 19 Ogos 2001. Bagaimanapun tidak dinyatakan apakah 'perkhidmatan' berkenaan.

Bayaran itu dikehendaki dibuat kepada AIC, sebuah institusi yang ditubuhkan oleh rakan kongsi Abramoff, Michael Scanlon yang menggunkan alamat sebuah rumah di pantai Delaware dekat Washington DC.

Bayaran gaji

Menurut jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Senator John McCain itu lagi, terdapat tiga lagi bayaran yang setiap satu bernilai AS$300,000 dibuat oleh kedutaan Malaysia kepada AIC.

Dua tahun selepas pertemuan Dr. Mahathir dengan Bush itu, Fauziah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Fiji. Sekarang beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah Institut Diplomatik dan Hubungan Luar.

Bagaimanapun pecubaan untuk mendapatkan ulasan dari Fauziah gagal.

Menurut jawatankuasa itu lagi, sebahagian daripada bayaran RM4.4 juta kepada AIC itu pergi kepada individu bernama 'Khaled Saffuri' sebagai bayaran 'gaji dan khidmat perunding berkaitan Malaysia'.

Abramoff bukanlah satu-satunya pelobi yang digunakan untuk mengatur pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu.

Firma lobi Alexander Strategies yang diusahakan oleh rakan Abramoff, bekas ketua staf Dewan Perwakilan Amerika, Tom DeLay turut dibayar saguhati sehingga AS$1 juta (RM3.7 juta) pada tempoh yang sama untuk membantu meningkatkan imej Malaysia di Washington.

Pertemuan Dr.Mahathir-Bush itu berlangsung ketika Dr.Mahathir sedang dikritik hebat kerana sentimen anti-Yahudinya dan tindakannya memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Mahathir pada awal tahun ini telah menafikan kerajaan Malaysia ada menggunakan khidmat pelobi bagi mengatur pertemuannya drengan Presiden Amerika itu.

"Saya difahamkan ada orang tertentu membayar sejumlah wang kepada pelobi di Amerika tetapi saya tidak tahu siapa mereka dan kerajaan Malaysia tidak melakukannya,"katanya.

https://m.malaysiakini.com/news/53013

#sayatopdogpakatan
#sayataktahu

Anonymous said...

Sah madey kaki putar2 cakap. Pemimpin macam ni nak di sokong? Hanya gila yang sokong kot? Kik3

Anonymous said...

madey ialah penipu profesional@geng mamak.. penipuannya sgt licik sehingga payah utk dikesan melainkan org yg buat kajian dan cerdas akalnya.. yg join dia ialah geng2 penipunya atau yg sedang ditipunya..

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget