KL CHRONICLE: Akhirnya Che Det akui Anwar punca segala masalah dalam pembangkang #YP #Negaraku #Malaysia

Friday, September 8, 2017

Akhirnya Che Det akui Anwar punca segala masalah dalam pembangkang #YP #Negaraku #Malaysia


Top Dog Pakatan Harapan (PH) Dr. Mahathir Mohamad akhirnya mengakui bahawa warkah bekas Timbalan Perdana Menteri yang dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat, Anwar Ibrahim telah mengundang masalah yang besar kepada PH dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) - 14 yang akan datang. Ini kerana warkah tersebut, yang mahukan PKR bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU - 14 tidak dipersetujui dan disenangi oleh parti terkuat dalam PH iaitu DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang.


Bagi kami di #KLChronicle, kenyataan terbuka Dr. Mahathir yang membidas tindakan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim ini membuktikan bahawa Anwar kini sudah hilang pengaruh beliau didalam pakatan pembangkang. Apa - apa arahan Anwar kini harus dipersetujui dahulu oleh Dr. Mahathir dan Lim Kit Siang sebelum ianya boleh diteruskan. Kes perbincangan kerjasama PKR dan PAS ini merupakan contoh yang terbaik.

Malah jika dilihat dari kenyataan Dr. Mahathir, segala masalah yang dihadapi oleh PH sekarang berpunca dari Anwar Ibrahim. Ini kerana umum ketahui bahawa DAP memang tidak mahu bekerjsama dengan PAS untuk melawan Barisan Nasional pada PRU - 14 yang akan datang, tetapi Anwar pula mahu PKR bekerjsama dengan PAS. Akibat tindakan Anwar ini DAP telah marah dan kemarahan DAP ini menimbulkan masalah kepada Dr. Mahathir. 

Kami kasihan melihat Anwar Ibrahim dan penyokong beliau. Semasa Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau dihina, dikutuk, dipenjarakan, dipukul dan sebagainya oleh Dr. Mahathir dan agen - agen beliau. Kini, sebagai seorang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sekali lagi kena "game" dengan Dr. Mahathir sehingga pengaruh Anwar didalam pembangkang semakin lenyap. 

Adakah Anwar Ibrahim dan penyokong beliau tidak belajar dari sejarah silam sehingga kini masih mahu turut sama bekerjsama dengan Dr. Mahathir dan ditipu sekali lagi?

Bodoh sunggh!





No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget