KL CHRONICLE: @MadiAzmadi : Saman ketiga DOJ berkaitan 1MDB #Negaraku #Malaysia

Tuesday, July 4, 2017

@MadiAzmadi : Saman ketiga DOJ berkaitan 1MDB #Negaraku #Malaysia


Aku ada persoalan,

1) DOJ sekali lagi membawa kes sivil bagi merampas harta milik beberapa entiti yg dikatakan terlibat dgn penggubahan wang haram dari dana 1MDB.




2) Dalam laporan FMT, DOJ percaya segala kandungan dalam kertas aduan mereka adalah bersandarkan REASONABLE FACT yg boleh memenangkan mereka dlm kes ini. 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/06/21/doj-says-its-court-filings-based-on-reasonable-facts/

3) Disebalik REASONABLE FACT ini, para 14 di mukasurat 10 (gambar 2) dalam kertas aduan setebal 251 mukasurat DOJ ini, mereka secara jelasnya percaya berlakunya CRIMINAL CONDUCT berkaitan salah laku penggubahan wang haram menerusi beberapa buah negara.

Persoalannya, jika mereka percaya dan yakin dgn REASONABLE FACT yg mana  telah berlakunya CRIMINAL CONDUCT,

a) kenapa mereka perlu bersusah payah kemukakan saman sivil dan bukan secara terus menjalankan prosiding jenayah?

b) kenapa perlu tunggu penghakiman mahkamah sivil jika dari awal (rujuk gambar 2) mereka telah yakin wujudnya prima facie bagi kesalahan jenayah? Bukankah proses ini akan memakan masa yg sgt panjang utk diselesaikan? (Prosiding mahkamah utk saman dlm kertas 1 pun belum berlangsung)

c) adakah DOJ tidak yakin dgn 'hasil siasatan' badan penyiasat USA sehingga hanya mampu berhujah bagi tujuan 'preponderance of evidence' di mahkamah sivil yang mana beban pembuktiannya jauh lebih rendah berbanding 'beyond reasonable doubt' bagi kesalahan jenayah? Bukankah melalui prosiding jenayah segala persoalan kini dan mendatang akan terus terjawab dan akhirnya boleh membawa kpd penyelesaian langsung?

d) tidakkah kenyataan FACT (gambar 1) dan wujudnya PRIMA FACIE (gambar 2) bercanggah antara satu sama lain?

Aku cuba utk yakinkan diri utk percaya pada dakwaan DOJ, tapi bila baca sendiri kertas aduan setebal 251 mukasurat, aku kembali ragu-ragu (persoalan di atas antara sebabnya) walaupun keraguan munasabah ini ada yg kata adalah disebabkan 'makan dedak banyak sangat'.

Semoga segala yang terbaik utk Negaraku.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget