KL CHRONICLE: TSAM : Pembangkang guna isu DOJ untuk alih perhatian daripada RCI kerugian USD 10 Billion Skandal Forex #YP

Thursday, June 29, 2017

TSAM : Pembangkang guna isu DOJ untuk alih perhatian daripada RCI kerugian USD 10 Billion Skandal Forex #YP

Lim Kit Siang kini tersepit sama ada untuk berbohong bagi menyelamatkan Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam siasatan Diraja yang bakal bermula tidak lama lagi
Sebentar tadi Ketua Penerangan UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) telah mengeluarkan satu kenyataan media dengan merumuskan bahawa pihak pembangkang yang kini panik dengan keputusan kabinet membentuk Royal Commission of Inquiry (RCI) bagi menyiasat kerugian Foreign Exchange (FOREX) zaman Dr. Mahathir terpaksa menggunakan isu 1MDB sebagai "diversion tactic" untuk mengalih perhatian rakyat. 





Bagi kami, kenyataan Tan Sri Annuar Musa ini memang tepat dan ada benarnya. Umum ketahui bahawa skandal FOREX ini bukan merupakan skandal kecil tetapi mother of all scandal sehingga hampir menyebabkan rizab Bank Negara Malaysia kosong dan negara hampir muflis. Perlu diingatkan bahawa skandal ini melibatkan wang rakyat, dan sebagai rakyat kita berhak tahu apa telah berlaku ketika zaman pemerintahan Dr. Mahahtir. 



Malangnya, terdapat segelintir pembaca yang mengatakan bahawa tujuan utama RCI bagi menyiasat skandal FOREX ini ditubuhkan adalah kerana ianya untuk membalas dendam terhadap Dr. Mahathir kerana beliau kini merupakan penentang kerajaan. Ini adalah tidak benar. 




Skandal FOREX ini mula mendapat perhatian kerajaan pimpinan Perdana Menteri apabila Bekas Governor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid pada January 2017 dalam satu wawancara beliau mendedahkan bahawa Bank Negara kerugian USD 10 billion dalam skandal FOREX pada awal tahun 1990an. Jumlah ini merupakan maklumat baru kerana pada zaman Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim, jumlah yang diberitahu kepada rakyat dan Parlimen adalah kerugian hanya RM 9 billion (USD 3 Billion). Jadi persoalanya sekarang, mana pergi lagi USD 7 Billion (RM 28 Billion) wang rakyat? ini yang mahu disiasat oleh pihak RCI. 

Menyedari bahawa kerajaan akan cuba menyiasat kehilangan wang rakyat bernilai hampir USD 7 Billion ini dan adakah wang ini masuk ke akaun mana - mana bekas pemimpin kerajaan, kini pihak pembangkang yang bekerjasama dengan Dr. Mahathir bertungkus lumus cuba mengalih perhatian rakyat dengan menggunakan isu 1MDB dan juga kenyataan Department of Justice (DOJ) Amerika syarikat. Memetik kata - kata Tan Sri Annuar Musa:


Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini (FOREX) dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.
Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.
Ingatan kami kepada pihak pembangkang yang cuba menggunakan bantuan negara asing seperti Amerika Syarikat untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih secara demokratik oleh rakyat di negara ini adalah anda semua merupakan pengkhianat serta tali-barut kepada negara. Anda tidak menghormati undang - undang di negara ini dan sanggup menggadaikan maruah negara demi kepentingan politik masing - masing. 

============================================================

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

PEMBANGKANG YANG PANIK MENGGUNAKAN DoJ UNTUK MENGALIH PERHATIAN DARIPADA LEDAKAN ISU RCI FOREX


1. Keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara - ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion - telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.

2. Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.

3. Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.

4. Pembangkang dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ, satu perbuatan khianat yang amat mengaibkan bagi memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.

5. Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pribumi.

TAN SRI ANNUAR MUSA,
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
29 /06/ 17

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget