KL CHRONICLE: Rezeki #Ramadhan , SPAD beri 300 lesen individu kepada pemandu teksi di bawah program TITP #Negaraku #Malaysia

Thursday, June 22, 2017

Rezeki #Ramadhan , SPAD beri 300 lesen individu kepada pemandu teksi di bawah program TITP #Negaraku #Malaysia

Antara muka - muka gembira yang menerima lesen teksi individu dari kerajaan Barisan Nasional melalui SPAD
Sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) pada telah menyerahkan 300 lagi lesen individu kepada kumpulan kedua pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak. Pemberian lesen individu kepada pemandu teksi ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu pemandu teksi meningkatkan pendapatan mereka tanpa terbeban dengan sewa syarikat pajak yang tidak masuk akal. 


Pemandu wanita juga diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional melalui SPAD
Bagi kami di #KLChronicle, sejak penubuhan SPAD pelbagai inisiatif dan program yang telah diambil oleh SPAD untuk terus memantapkan sistem pengangkutan awam darat negara terutamanya industri teksi. Inisiatif yang diambil ini bukan merupakan inisiatif "syok sendiri" tetapi merupakan satu proses dimana SPAD menerima pandangan serta cadangan pemandu teksi dan cuba menilai cadangan yang diberi dan kemudian membuat satu polisi menang - menang bagi semua pihak. 


Antara mereka yang bertuah
Kembali kepada 300 lesen individu yang diberi melalui TITP ini, SPAD juga mengambil langkah proaktif dimana latar belakang individu yang dipilih ini telah disaring dan disemak dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD. Ini juga secara tidak langsung akan memastikan keselamatan rakyat/pengguna terjamin apabila mereka menggunakan perkhidmatan teksi di negara ini. 

Keselamatan rakyat/pengguna adalah merupakan satu aspek yang sangat penting dan kami di #KLChronicle melihat kesungguhan SPAD dalam isu ini. Ini terbukti apabila selepas terdapat insiden kes rogol dan samun dalam perkhidmatan e-hailing seperti Uber dan Grabcar SPAD dalam tempoh kurang dari 24 jam telah mengambil tindakan. Keseriusan dan kesungguhan ini sudah semestinya dihargai oleh rakyat di negara ini.


YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri menteri bertanggungjawab untuk SPAD
Zaman pemandu teksi samseng, terpaksa membayar sewa pajak yang tinggi dan sebagainya akan berakhir tidak lama lagi. Dibawah pentadbiran Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk SPAD, Program Transformasi Industri Teksi (TITP) akan terus diperjuangkan supaya masa depan serta sumber rezeki pemandu teksi akan terus terjamin dan dijaga.

Bukankah ini merupakan satu perkara yang baik bagi kita rakyat Malaysia?

======================================================

KENYATAAN MEDIA

SPAD MENYERAHKAN 300 LESEN INDIVIDU KEPADA KUMPULAN PEMANDU TEKSI YANG KEDUA DIBAWAH PROGRAM TITP
43 Pemandu Turut Menerima Geran Tunai Kerajaan Sebanyak RM5,000


KUALA LUMPUR, 21 JUN 2017 – Selaras dengan usaha Kerajaan bagi mempertingkatkan industri teksi untuk menjadi lebih responsif kepada kuasa pasaran, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melalui Program Transformasi Industri Teksi (TITP) pada hari ini telah menyerahkan 300 lagi lesen individu kepada kumpulan kedua pemandu yang layak dan telah tamat tempoh perjanjian sewa pajak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri yang telah menyempurnakan majlis tersebut, berkata pemberian lesen teksi individu itu adalah satu inisiatif progresif oleh Kerajaan dan SPAD untuk membuka jalan bagi menyelesaikan isu serta rungutan pemandu teksi dibawah sistem pajak yang telah lama membebankan mereka. Tambah beliau, pemberian lesen individu itu diadakan menerusi inisiatif TITP bagi menambah baik kebajikan pemandu teksi, sekali gus mewujudkan daya saing yang lebih sihat di pasaran masa kini.

Kumpulan kedua penerima lesen individu pada hari ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh Suruhanjaya dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta menepati syarat-syarat kelayakan pelesenan SPAD.  Penerima lesen individu kumpulan kedua ini terdiri daripada 157 pemandu teksi dan 143 pemandu kereta sewa. Daripada jumlah itu, 59% adalah daripada Lembah Klang & Negeri Sembilan, 24% daripada Pulau Pinang & Pulau Langkawi dan 17% daripada Melaka & Johor Bahru. Tambahan lagi, 43 daripada penerima lesen individu pada kali ini turut menerima geran tunai Kerajaan sebanyak RM5,000 bagi membantu mereka membeli kenderaan baru. Geran ini merupakan sebahagian daripada RM150 juta yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan untuk pemegang lesen individu yang layak seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri ketika Pembentangan Bajet 2017.

Pindaan kepada Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang bakal dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada bulan hadapan akan membolehkan penyeragaman peraturan syarat-syarat sewa pajak yang akan dikawal selia oleh SPAD. Ini termasuk peruntukkan bagi hari bebas sewa untuk pemeriksaan PUSPAKOM, cuti tahunan dan cuti sakit, insurans kenderaan pihak pertama dan pembayaran balik deposit pada pengakhiran kontrak.

Untuk maklumat lanjut mengenai TITP, sila rujuk http://www.spad.gov.my/ms/pusat-media/kenyataan-media/2016/spad-memperkenalkan-perancangan-untuk-mempertingkatkan-industri atau hubungi SPAD (Hotline: 1-800-88-7723 atau emel kepada titp@spad.gov.my).

-Tamat-

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget