KL CHRONICLE: Kes rogol di Serdang, SPAD mahu saringan pemandu UBER & GRABCAR diperketakan #DemiRakyat #Negaraku

Thursday, June 15, 2017

Kes rogol di Serdang, SPAD mahu saringan pemandu UBER & GRABCAR diperketakan #DemiRakyat #Negaraku


1. Sejak kebelakangan ini, rakyat Malaysia sering dikejutkan dengan insiden dimana wanita yang menggunakan perkhidmatan e-hailing seperti UBER dan GRABCAR dicabul, dirompak dan sebagainya. Malah, terdapat satu kes yang berlaku beberapa minggu lepas apabila seorang wanita sarat mengandung yang menaiki perkhidmatan UBER dari Mid Valley ke Puchong telah dirompak sehingga menyebabkan beliau keguguran kandungan beliau. 



2. Baru - baru ini muncul juga satu kes dimana seorang wanita di Pulau Pinang dicabul oleh pemandu UBER. Ini berlaku apabila sebaik saja penumpang wanita memasuki teksinya, pemandu tersebut terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluannya. Dengan pantas pemandu menarik tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya. Pemandu UBER terbabit akhirnya ditahan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

3. Lebih menggemparkan, dua hari lepas telah berlaku satu kes dimana seorang pemandu perkhidmatan Grab ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes merogol seorang penumpang wanita berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang. Pemandu ini ditahan untuk disiasat mengikut seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan merogol. Tiga kes ini sedikit sebanyak telah membangkitkan kegusaran serta kerisauan rakyat di negara ini terhadap perkhidmatan e-hailing. 

4. Menyedari hakikat ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius dan keputusan telah diambil dimana kerajaan melalui SPAD akan mengetatkan proses saringan pemandu e-hailing dan mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pengenalan butang S.O.S. 

5. Bagi kami di #KLChronicle, langkah SPAD mengadakan perbincangan dengan operator e-hailing ini merupakan satu langkah yang tepat, wajar dan sesuai pada masanya berikutan insiden yang telah berlaku. Rakyat juga secara amnya mengambil maklum akan langkah proaktif yang diambil SPAD serta keputusan bersama yang dibuat antara SPAD dan operator e-hailing ini. 

6. Diharapkan selepas perjumpaan dengan SPAD, UBER dan GRABCAR akan lebih serius dalam memastikan keselamatan penumpang mereka. Janganlah hanya kerana mengejar keuntungan, syarikat ini mendedahkan penumpang kepada bahaya dan ancaman pihak - pihak yang tidak bertanggungjawab. UBER dan GRABCAR perlu lebih peka akan perkara ini dan memastikan ianya tidak berulang lagi.

Terima Kasih SPAD!

=============================================

KENYATAAN MEDIA RASMI SPAD 

SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S.


Jun 13, 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita.

Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah:

Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.

Bagi meningkatkan keselamatan penumpang, Suruhanjaya juga telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S. pada aplikasi mereka di dalam jangka masa terdekat. ‘Butang panik’ ini akan menyediakan satu ciri keselamatan kepada penumpang yang akan memberikan makluman kepada polis apabila terdapat kecemasan.

Sebagai satu polisi mitigasi risiko yang proaktif, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu.  Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.

Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.

Pengendali, e-hailing juga dikehendaki menyerahkan data bulanan ‘rating’ pemandu kepada Suruhanjaya untuk menangani secara proaktif isu-isu pengurusan pemandu.

Setelah peraturan kawal seliaan e-hailing diluluskan oleh Parlimen, pengendali e-hailing diwajibkan untuk mengamalkan tahap keselematan dan perkhidmatan yang tertinggi. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali dan pemandu e-hailing yang didapati melanggar undang-undang, serta menyita kenderaan pemandu e-hailing yang terlibat.

Tamat -

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget