KL CHRONICLE: Game over untuk Syed Saddiq Paladium #Negaraku #Malaysia

Tuesday, June 20, 2017

Game over untuk Syed Saddiq Paladium #Negaraku #Malaysia

Suka hati dia sahaja fitnah orang tanpa bukti di bulan Ramadhan
Nampaknya Ketua ARMADA Parti PRIBUMI Malaysia Syed Saddiq "Paladium" telah tersilap langkah hari ini apabila beliau secara terang telah memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor didalam sidang akhbar yang diadakan sebentar tadi.


Kaki Clubbing hendak bercerita pasal moral. Puii!
Syed Saddiq, tanpa sebarang bukti yang sahih telah memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan wang rakyat melalui 1MDB dengan membeli sebentuk cincin berharga USD 27. 3 juta. Ini merupakan fitnah kedua berkaitan pembelian cincin melibatkan Datin Seri Rosmah Mansor. 

Bapa segala kaki fitnah
Sebelum ini Rafizi Ramli juga pernah memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor membeli cincin  berharga RM 24 juta dan apabila dibicarakan di mahkamah beliau kata beliau hanya bergurau tentang perakra ini walhal "damage has been done" terhadap imej Datin Seri Rosmah Mansor dan Perdana Menteri.

Kami di #KLChronicle difahamkan bahawa satu gerakan besar - besar membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq akan bermula esok . Kami berharap pihak polis bertindak pantas dan memastikan beliau ditangkap dan terus direman supaya siasatan dapat dijalankan. 

Inilah pemimpin pihak pembangkang, dalam bulan puasa yang baik sebegini pun mereka sanggup memfitnah orang Islam yang lain. Malangnya, ada juga orang Malaysia yang terpedaya dengan tipu helah pembangkang ini. 

Adakah anda salah seorang penyokong pembangkang?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget