KL CHRONICLE: @VellPaari : Lawatan PM Ke India : P.Ramasamy patut buka mata dan bukan hidup dalam gua

Sunday, April 2, 2017

@VellPaari : Lawatan PM Ke India : P.Ramasamy patut buka mata dan bukan hidup dalam gua


1. Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang, P. Ramasamy hari ini sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan yang pada dasarnya umpama meludah ke langit atau menembak diri sendiri apabila beliau mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan bekas Perdana Menteri kerana gagal dalam mengubah nasib masyarakat india yang dikatakan sebagai miskin di Malaysia. 




2. P. Ramasamy didalam kenyataanya juga berkata Perdana Menteri seumpama sudah terlambat untuk berkata baik atau memuji masyarakat india di Malaysia ( Ruj : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/04/01/a-little-too-late-to-praise-indians-in-malaysia/ ). kenyataan beliau ini berdasarkan ucapan terkini Perdana Menteri di Chennai, India.

3. Apa yang P. Ramasamy lupa atau sengaja untuk tidak mahu ambil tahu dan meneliti fakta yang sebenar adalah sewatu Datuk Seri Najib mula menjadi Perdana Menteri lebih tepat setahun selepas beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada julai 2010, Datuk Seri Najib pada waktu itu telah secara dasarnya mengiktiraf sumbangan masyarakat India di Malaysia. ( Ruj : http://m.timesofindia.com/indians-abroad/MIC-chief-lauds-Najib-for-acknowledging-Indians-contributions/articleshow/6155519.cms ). 

4. Untuk itu tuduhan yang dibuat oleh P. Ramasamy bahawa ucapan Perdana Menteri di India hanya sekadar mahu meraih sokongan dan undi dari masyarakat India bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang bakal tiba adalah satu kenyataan berunsur pembohongan dan berniat jahat bagi merosak imej Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja di India serta cubaan bagi mengagalkan atau sabotaj sebarang usaha baik yang sedang diusahakan dalam rangka lawatan kerja ini termasuk mengagalkan sebarang pelaburan yang bakal termetrai antara India dan Malaysia kerana ini bakal mempermudahkan P. Ramasamy untuk menyerang Perdana Menteri kelak.

5. Ingin saya memperingatkan kembali P.Ramasamy bahawa partinya kini berkerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini merupakan seorang Perdana Menteri Malaysia yang digelar P.Ramasamy sebagai antara yang gagal dalam mengubah nasib masyarakat india yang dikatakan sebagai miskin di Malaysia. 

"Apabila bercakap mengenai Mahathir tidak ada apa yang boleh dibanggakan oleh masyarakat India, dasar beliau hanya mengetengahkan bumiputera telah membina sekatan perkauaman dan hak eksklusif yang menidakan hak kepada masyarakat lain. Walaupun pada masa itu ada pembangkang tetapi mereka begitu lemah bagi melawan dasar perkauman Mahathir" - P.Ramasamy (Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2016/08/10/progress-among-indians-due-to-own-hard-work/ )

Tetapi sekarang P.Ramasamy dan DAP umpama tidak ambil peduli lagi dengan tuduhan dan kenyataan yang pernah beliau dan DAP buat sebelum ini terhada Tun Dr Mahathir, ini semua kerana mereka amat memerlukan Tun Dr Mahathir untuk kepentingan politik mereka. U-Turn yang dibuat dengan bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri sedia ada adalah satu tindakan hipokrit.

6. P. Ramasamy didalam kenyataanya secara berulang kali menyatakan bahawa kerajaan BN terutamanya MIC gagal dalam mengubah nasib masyarakat India, namun apa yang cuba P. Ramasamy sembunyikan dari menyatakan pekara yang tidak benar sama sekali adalah kelemahan beliau sendiri di Pulau Pinang. 

Oleh kerana P. Ramasamy terlalu berminat secara spesifik mengenai inisiatif dan program dibawah kerajaan BN untuk masyarakat India, saya amat berbesar hati untuk berkongsi perincian ini dengan beliau.

7. Pada tahun lepas semasa upacara pembukaan perhimpunan tahunan MIC ke 70thn, Perdana Menteri pada waktu telah menyatakan keperluan mewujudkan blueprint bagi masyarakat India peringkat nasional, keperluanya adalah disebabkan inisiatif untuk masyarakat dimasa lalu disampai kebawah kepada masyarakat. Perdana Menteri didalam ucapanya bergitu ikhlas dan mengambil langkah tegas dalam menyelesaikan masalah ini. 

Diantara intipatu blueprint itu melibatkan pelbagai masyarakat India dengan inisiatif pengkhususan mengikut keperluan masyarakat india.

8. Diantara sumbangan Perdana Menteri kepada masyarakat India adalah mengiktirafkan atau mewujukan "The Secretariat for Empowerment of Indian Entrepreneurs (SEED)" dan ianya diletakan secara lansubg dibawah Jabatan Perdana Menteri.

Kerajaan BN melalui SEED telah mengagihkan ratusan juta ringgit (Hampir RM 696,000,000) bagi membantu dan melatih usahawan dari masyarakat India didalam perniagaan mereka dan setakat hari ini 23,851 Usahawan telah berjaya dibantu melalui program ini sejak 2012. (Rujukan : http://www.seed.org.my/news/detail.php?id=20)

9. Tambahan kepada SEED, Kerajaan BN dibawah Jabatan Perdana Menteri jugak telah mewujudkan satu unit khas Socio-Economic Development of the Indian Community, unit khas ini jugak diberi RM100,000,000 bagi membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan agensi latihan untuk masyarakat India. (Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/06/06/rm100mil-federal-funds-for-indian-community/).

10. Selain daripada dua pekara diatas Perdana Menteri juga telah mengumumkan insentif khas bagi masyarakat India seperti pinjaman TEKUN dengan jumlah peruntukan RM50j dan RM30j diperuntukan melalui Amanah Ikhtiar bagi pinjaman micro-credit, RM30j untuk usahawan wanita masyarakat India, RM30j lagi bagi pembangunan golongan belia India manakala ratusan juta lagi diperuntukan bagi selengara dan baik pulih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (Rujukan : http://www.bharian.com.my/node/15086) & (Rujukan : http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2012/12/30/funds-for-tamil-schools-facts-and-myths/ ) . kepada masyarakat India semua - kesemua inisiatif ini telah dibentangkan didalam pembentangan bajet kerajaan untuk umum.  

11. Saya telah menerangkan kepada semua lapisan masyarakat kaum India secara terperinci mengenai inisiatif dan usaha yang diambil oleh Perdana Menteri didalam menjamin perobahan dan peningkatan sosio-ekonomi semua kaum india. Persoalanya apakah yang DAP lakukan khusus bagi masyarakat India di Pulau Pinang ? Secara jujurnya pembangkang tidak melakukan apa-apa untuk masyarakat india. Jika DAP benar kenapa mereka tidak pernah menyiarkan berapakah keluarga orang India yang berjaya memperolehi rumah kos rendah di Pulau Pinang ? 

12. Sebenar ianya cukup mudah P.Ramasamy oleh kerana dedikasi dan pertalian yang baik diantara masyarakat India dan Perdana Menteri serta usaha beliau yang berterusan membantu kaum India membuatkan Perdana Menteri bergitu popular popular dikalang masyarakat India membuatkan pembangkang kering india.

13. Secara keseluruhanya, P. Ramasamy dan DAP hanya mampu berkata tetapi dasarnya mereka tidak mampu untuk membantu masyarakat India secara kolektif dan berkesan jika hendak diperkatakan apa yang Perdana Menteri telah usahakan untuk kaum India sekarang ini. Dasarnya mereka jugak tidak membantu mengubah atau memperbaiki secara sosial dan ekonomi masyarakat india. Untuk itu masyarakat india telah mula sedar bahawa pembangkang tidak mampu dan tidak boleh dipercayai. 

14. Hanya Perdana Menteru, Datuk Seri Dr Subramaniam dan MIC yang bekerja keras bagi menjamin masyrakat indian dan ini telah membuatkan pembangkang risau atas dasar itu mereka menyerang Perdana Menteri dan MIC, ini menampakan dasar-dasar yang dibawa kerajaan khusus untuk orang india telah mendapat sambutan luar biasa didalam masyarakat india dinegara ini. Kami didalan MIC akan meneruskan langkah-langkah dan usaha yang baik dibuat oleh Perdana Menteri ini tanpa mempedulikan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Terima Kasih.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget