KL CHRONICLE: #YP Bantah #RUU355 , @LimKitSiang biadap dan kurang ajar mahu campur tangan hal agama Islam

Friday, April 7, 2017

#YP Bantah #RUU355 , @LimKitSiang biadap dan kurang ajar mahu campur tangan hal agama Islam


Semalam, sejarah telah tercipta apabila buat kali pertamanya seluruh rakyat Malaysia beragama Islam dapat mendengar dan melihat dengan sendirinya sikap biadap dan kurang ajar Pemimpin Agung DAP iaitu Lim Kit Siang cuba menganggu pembentangan usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai #RUU355. 




Tindakan jijik dan tidak bertanggungjawab Lim Kit Siang ini dengan jelas membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin DAP yang Anti - Islam. Ini jelas kerana seperti yang disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pindaan usul RUU355 ini tidak ada langsung berkait dengan orang bukan Islam kerana ianya melibatkan pindaan kepada kuasa Mahkamah Syariah yang hanya mempunyai kuasa keatas umat Islam sahaja.



Oleh yang demikian, kami di #KLChronicle berasa marah apabila Lim Kit Siang, seorang Bukan Islam memprotes usul pindaan RUU355 ini walhal RUU355 ini langsung tidak ada kena mengena dengan orang Bukan Islam. Bila tiada kena mengena dengan orang bukan islam buat apa Lim Kit Siang dan DAP memprotes perkara ini? Ini jelas membuktikan bahawa mereka sebenarnya Anti - Islam. 

Kami di #KLChronicle dapat rumuskan bahawa sikap kurang ajar Lim Kit Siang dan beberapa lagi pemimpin pembangkang yang lain adalah kerana mereka tidak mahu melihat perpaduan di kalangan Umat Islam dan juga ingin memecah - belahkan Orang Islam dalam negara ini. Mereka tahu jika orang Islam bersatu, usaha mereka untuk menguasai kerajaan dan merampas kuasa akan gagal sama sekali. 

Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak serta Presiden parti komponen yang lain kerana telah memberi peluang kepada Presiden PAS untuk membentangkan usul pindaan RUU355 ini. 

Peluang yang diberikan oleh parti komponen membuktikan bahawa dalam BN kita mempunyai parti  - parti komponen yang sangat terbuka dan sanggup mendengar apa yang hendak dibentangkan bukan seperti pembangkang yang membangkang membabi buta tanpa mendengar fakta yang diperjelaskan. Telah terbukti bahawa BN merupakan parti yang menjaga hal ehwal semua kaum dengan adil dan saksama. 

Apa pendapat pembaca tentang tindakan jijik Lim Kit Siang ini?

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget