KL CHRONICLE: Wang Kerajaan Selangor tetapi Teresa Kok belanja di Seputeh?

Friday, March 31, 2017

Wang Kerajaan Selangor tetapi Teresa Kok belanja di Seputeh?


Skim Usia Emas Selangor sekiranya diedarkan dalam Parlimen Seputeh maknanya sudah berlaku salah guna kuasa dan penyelewengan wang kerajaan negeri Selangor.



Jika benar kenyataan Teresa Kok bahawa Pusat Khidmat Parlimen Seputeh beliau menyalurkan dana SUES, ia sudah mengesah salah guna kuasa walaupun wang sampai kepada penduduk di sana.

Kali terakhir saya periksa kawasan Seputeh di bawah Wilayah Persekutuan.

Keratan Akhbar Berita Harian


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama di sini. Difahamkan, mereka tiba kira-kira jam 11 pagi.

 Tindakan itu dipercayai susulan laporan dibuat Pengerusi Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS). 

Sumber SPRM ketika dihubungi BH mengesahkan serbuan itu tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Pada 16 Mac lalu, Jamal hadir ke pejabat SPRM Selangor di Wisma PKPS Shah Alam untuk membuat laporan selepas mendakwa Kok menyeleweng dana YAWAS. Jamal turut membawa dokumen berkaitan yang didakwanya bukti penyelewengan terbabit.

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget