KL CHRONICLE: Laporan Polis Terhadap TS Annuar Musa, Kit Siang guna anak muda selamatkan diri

Saturday, March 25, 2017

Laporan Polis Terhadap TS Annuar Musa, Kit Siang guna anak muda selamatkan diri


Pemimpin Agung DAP, Lim Kit Siang nampaknya kali ini telah "check mate" dengan Ahli Parlimen Ketereh yang juga Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa (TSAM). Baru - baru ini TSAM telah menganjurkan satu pertandingan bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan bahan/fakta/penulisan berkaitan pegangan politik Lim Kit Siang.



Menyedari bahawa bakal terdapat banyak *incriminating evidence* yang akan membuktikan bahawa Lim Kit Siang merupakan seorang pemimpin yang rasis dan chauvunis, Kit Siang telah mengambil langkah terdesak dengan menggunakan anak - anak muda DAP untuk membuat laporan Polis terhadap TSAM. 

Bagi kami di #KLChronicle, tindakan Lim Kit Siang ini merupakan mirip seorang diktator yang menggunakan anak - anak muda untuk kepentingan politik dan peribadi beliau. Persoalannya mengapa Lim Kit Siang begitu khuatir dan gusar dengan cabaran yang dibangkitkan oleh TSAM ini? 

Jila Lim Kit Siang bukan seorang yang rasis, sudah pastinya tidak akan ada bahan atau maklumat yang akan membuktikan beliau sedemikian rupa namun laporan polis terhadap TSAM ini membuktikan bahawa Lim Kit Siang akan menggunakan segala undang - undang yang ada bagi memastikan kebenaran terhadap pegangan politik Lim Kit Siang akan tersembunyi dan tidak diketahui umum. 

Ini bukan lagi berani kerana benar tetapi pengecut kerana bersalah. Syabas kepada TSAM kerana berani berdepan dengan Lim Kit Siang dan membongkar segala helah politik beliau. Kita tidak boleh memberi muka kepada orang seperti Lim Kit Siang ini kerana jika tidak dilawan mereka ini akan semakin besar kepala dan bersikap kurang ajar.

1 comment:

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Jika pembangkang didapati benar-benar bersalah, mereka akan berkata UNDANG-UNDANG NEGARA MALAYSIA BERAT SEBELAH.... Jika keadaan mampu menyebelahi pembangkang, mereka akan menggunakan UNDANG-UNDANG NEGARA MALAYSIA pula untuk mempertahankan KERASISAN.

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget