KL CHRONICLE: Datuk @AKaprawi beri jaminan tiada pekerja KTMB dibuang akibat RNAA

Monday, March 27, 2017

Datuk @AKaprawi beri jaminan tiada pekerja KTMB dibuang akibat RNAA


_27 MAC 2017 | 28 JAMADILAWAL 1438H_
*KENYATAAN MEDIA*
*Datuk Ab Aziz Kaprawi*
_Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia_

*Tiada Pekerja KTMB Dibuang Akibat RNAA*

1. Saya ingin menjelaskan bahawa TIDAK akan ada seorang pun pekerja KTMB yang bakal terlibat dengan Railway Network Access Agreement antara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan Raiway Assets Corporation (RAC) akan kehilangan pekerjaan.

2. Kesemua pekerja yang terlibat dengan RNAA ini akan diserap masuk ke dalam anak syarikat milik KTMB.



3. Malah, saya jamin gaji, faedah dan apa-apa kelebihan yang dinikmati sebagai pekerja KTMB ketika ini TIDAK akan hilang mahupun berkurangan.

4. RAC adalah badan berkanun persekutuan manakala KTMB adalah syarikat milik penuh kerajaan.

5. Oleh itu tidak timbul persoalan bahawa RNAA akan menyebabkan KTMB diambil alih oleh pihak swasta.

6. Perjanjian RNAA adalah selari dengan klausa 89 Akta Keretapi 1991 untuk mengasingkan antara pengendali perkhidmatan keretapi yang mana diuruskan oleh KTMB, DAN pemilikan, pengurusan dan penyelenggaraan segala aset-aset keretapi bakal diuruskan oleh RAC.

7. Saya juga ingin menyangkal tuduhan bahawa akibat daripada RNAA ini, harga tiket dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh KTMB bakal meningkat.

8. RNAA TIDAK akan menyebabkan harga tiket dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh KTMB.

9. Tambahan pula, tuduhan yang mengatakan perjanjian ini bakal menyebabkan KTMB semakin terdedah kepada ketirisan dan kronisme adalah tidak betul.

10. Sebaliknya, perjanjian ini berupaya untuk mengurangkan ketirisan dan kronisme kerana ia menjadikan pengurusan setiap syarikat ini lebih fokus kepada bidang tugas masing-masing.

----TAMAT----

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget