KL CHRONICLE: Program UMNO Seputeh dapat sambutan luar biasa

Sunday, February 12, 2017

Program UMNO Seputeh dapat sambutan luar biasa


*UMNO Bahagian Seputeh* 

Alhamdulillah hari ini telah selesai *Larian Perpaduan dan Majlis Kenduri Wilayah 1 Persekutuan* di Parlimen Seputeh yang diadakan di Teratak Muhibbah 2, Taman Desa, Jalan Klang Lama. Larian Perpaduan yang julung kali diadakan ini telah dihadiri oleh hampir 2,800 dari pelbagai latar belakang kaum, agama dan bangsa. 



Selain itu, terdapat pelbagai acara sampingan yang lain pada majlis ini antaranya cabutan bertuah, kenduri rakyat, sukaneka dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Lebih manis lagi, program ini telah disempurnakan oleh "Ketua Kampung" Wilayah Persekutuan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor serta pemimpin masyarakat Seputeh Yang Berhormat Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff. 

Artikel penuh dan gambar program serta majlis boleh diakses di: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=176580666164492&id=100014376792728

*_UMNO Seputeh dan Masyarakat Berpisah Tiada_*

No comments:

Share This

Comments

Facebook Popup

Powered by Blog - Widget